FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PENGENALAN

Laman feldakumai.com merupakan laman khas bagi kami berkongsikan dengan anda sedikit sebanyak mengenai Felda Kumai samada Sejarahnya, kisahnya, generasinya ataupun dunia Felda.

Harapan kami, apa yang kami kongsikan di laman ini dapat membantu generasi Felda Kumai yang berada diperantauan untuk mengetahui yang terkini di felda kesayangan mereka ini di samping pada masa yang sama mengingati apa yang pernah dilalui oleh kita suatu masa dahulu. 

Juga menjadi harapan kami, laman ini dapat membantu anda yang barangkali bukan dari generasi felda ini untuk mendekati dan mengetahui sendiri apa yang ada di felda kami ini. 

Selamat Datang ke Felda Kumai

Felda Kumai terletak 29 km dari Simpang Bandar Kerayong (sekarang dikenali sebagai Bandar Baru Bera) di dalam Daerah Bera, Negeri Pahang .

Mula diteroka seawal tahun1976 dan mula diduduki sejumlah 500 buah keluarga dari seluruh Malaysia semenjak tahun 1979.

Di awal pembukaan, bukan sedikit cabaran bagi para Peneroka yang terpilih. Jauh di pendalaman, bersempadan dengan Hutan Simpanan Chini yang menjanjikan gangguan ratusan jenis haiwan liar.

Namun bukan ini sahaja cabaran yang harus dan telah ditempuhi oleh semua warganya.

Kami telah dan akan sentiasa mencuba untuk berkongsikan kisah cabarannya, tradisinya dan keistimewaan yang mungkin berbeza dari Felda yang ada di seluruh Malaysia.

Anda boleh memilih catatan-catatan yang telah atau akan disediakan di laman ini untuk menyelami suka dan duka, pahit dan manis, tangis dan tawa serta pelbagai lagi resam hidup pelbagai warna yang telah pun kami alami dan rasainya sendiri. 

Namun apa yang kami paparkan dalam laman ini bukanlah untuk membandingkan antara felda yang lain tetapi lebih kepada nilai kebanggaan kami semata. 

Selain dari itu, laman ini cuba untuk berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan Dunia Felda samada peluang yang boleh dikongsikan, isu semasa ataupun politik dan pelbagai lagi genre catatan tanpa rasa prejudis dan hipokrit. 

Terima kasih kerana singgah di laman feldakumai.com dan selamat membaca catatan yang disediakan….

Felda Kumai.. Di hatiku selamanya..

7 thoughts on “PENGENALAN

  • Teddy Bear says:

    wah bestnya suasana felda..

  • razmi says:

    salam.. kepada anak2 peneroka felda kumai dan seangkatan.. sekiranya tuan/puan dapat membantu saya.. saya memerlukan stok lembu kk yang diternak oleh peneroka.. sekiranya ingin menjual anak2 lembu jantan (dikenali jaras iaitu yng berumur lingkungan setahun setengah) bleh la hubungi sya segera ditalian 019-2050620.. TQ

  • alip says:

    Saya Maih rindukan felda kumai walau pon saya dah lama tinggalkan felda ini tetapi banyak kenangan yg masih teringat lagi….. alip blok 1 pkt 3

  • rizuanramle says:

    alhamdulilah,saya salah seorang anak peneroka felda kumai,saya di besarkan di sana,walaupun saya seorang perantau,saya tetap ingatkan felda kumai,banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan di sana.hidup di bandar tak sama di desa,terutama hari raya boleh membuat saya menangis.saya amat ter tarik,kini felda kumai sudah berubah wajah..shukur alhamdulilah

  • kelana says:

    saya jeles xdpat masuk felda…

  • SAYA AMAT BERSYUKUR KERANA DPT TGGL DI FELDA KUMAI…..TMPTNYER YG MNARIK MMBUATKN RMAI DRPD FELDA LAIN DTG…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>