FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

Khabar dari Kumai


 Powered by Max Banner Ads 

Media ; Kisah Adik Iqram…

Kisah Adik Iqram mendapat tempat di beberapa laman akhbar. Bermula dengan Sinar pada pertengahan tahun sebelum disiarkan di dalam Berta TV9 dan minggu lepas Harian Metro pula berkongsi kisahnya. Manakala Berita Harian juga mengeluarkan kisah Adik Iqram ini dua hari lepas dengan tajuk, Daging Bola Golf Tumbuh di Badan: Dan hari ini, Sin Chew Daily […]

Syawal buat Iqram ..kunjungan akhir Ramadhan.

Syawal untuk Iqram TITLE

Melihat kelibat seorang kanak-kanak berusia 4 tahun berlari dan menyelinap di belakang bapanya ketika kami sampai sudah cukup mengetarkan rasa. Di sebalik rasa malu ada kekuatan yang dipamerkan oleh anak kecil ini. Tanpa berbaju, jelas kelihatan akan kesan musibah yang telah dan sedang dihadapinya. Namun tiada tangisan, keluhan atau juga riak kecewa dipamerkan oleh anak […]

Al Fatihah…

feldakumai.com mendapat perkhabaran sedih dengan pemergian seorang lagi Penerokanya iaitu Arwah Pak Cik Kari dari Blok 17. Rumahnya berdekatkan dibahagian belakang sekolah. Arwah yang kami kenali suatu masa dahulu begitu aktif dalam Kooperasi Felda Kumai malah rumahnya pernah menjadi tumpuan bagi menggunakan Telepon Mudah Alih Trium suatu masa dahulu. Marilah kita mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada […]

Syawal 2013 @ Felda Kumai : jom berjalan raya…

blok 13 10

Catatan ini dkongsikan terlebih dahulu di mrkumai.blogspot.com.. Beraya di FELDA menjanjikan suasana yang berlainan dari beraya di lokasi yang lain. Malah di antara sesama felda-felda yang lain juga mungkin berbeza. sebahagian kecil rombongan.. lupa nak bergambar ramai-ramai … Oleh kerana saya anak Felda Kumai, maka kisah beraya di Felda Kumai khasnya di blok 13 menjadi […]

Syawal 2013 @ Felda Kumai; Di Ambang Syawal

di ambang syawal 1

Catatan ini terlebih dahulu saya kongsikan di mrkumai.blogspot.com … Bila bercerita mengenai hari raya, adalah tidak akan terlepas jika tidak menceritakan suasana menyambut ambang syawal atau lebih disebut malam raya. Terkenang ketika kecil, suasana menyambut malam raya tidaklah semeriah dan segempita hari ini. Dahulu kami menyambutnya dengan ala kadar tetapi telah bermula seawal pertengahan malam […]

Al-Fatihah…

Kami menerima dua berita sedih berturut-turut dalam minggu ini . Kembalinya ke Rahmatullah dua ibu yang juga penerokawati Felda Kumai. 11 Ogos 2013 – Isteri kepada Pak Kasa di blok 9 19 Ogos 2013 – Isteri kepada Arwah Pak Chat blok 2. (Mohon maaf kerana tidak dapat berkongsikan nama penuh kedua Allahyarhamah) Marilah kita mensedekah […]

Syawal buat Iqram …

Adik Iqram

feldakumai.com ingin mengajak semua warga generasi Felda Kumai baik yang ada di Kumai mahupun yang berada di luar sama-sama membantu Adik Muhammad Iqram ini. Kisahnya telah kami kongsikan terlebih dahulu dalam beberapa siri catatan dan kisahnya juga mendapat perhatian di Sinar Harian dan Berita TV9.  Jom .. alamatnya.. Adik Muhamad Iqram Hashim ,  No 240 […]

Bas Sekolah Felda Kumai terbakar… 2

Bas sekolah Kumai Terbakar3

Sebahagian respon yang diberikan oleh generasi Felda Kumai yang melalui Facebook Generasi Felda Kumai dan juga Warga Felda Kumai. Noralisa Alias Ala ciannyer .. byk kenangan naik bas tu g skolah bera..sapa punyer angkara..biadap betul buat keje diblna ramadhan. Siti Roha’s hanya tinggal kenangan…..sedihnye…itulah bas yang aku tunggu setiap jam 6.30 pagi pada tahun 1990 […]

Bas Sekolah Felda Kumai terbakar…

Bas sekolah Kumai Terbakar6

Petang semalam 12 Julai 2013, sekitar pukul 5 petang saya mendapat update dari Facebook Generasi Felda Kumai dan Warga Felda Kumai mengenai kejadian yang baharu sahaja berlaku sekitar 2 jam yang lalu. Kejadian yang amat mengejutkan ini mendapat liputan dan reaksi yang meluas di kalangan warga felda kami ini terutamanya dari luar yang juga terperanjat. […]

Adik Muhammad Iqram Hashim; Jom bantu …..

Tubuh dipenuhi ketulan daging - Pahang - Sinar Harian - Windows Internet Explorer 060613 091731.bmp

Semalam, TV9 menayangkan kisah sedih adik Muhammad Iqram yang menderita akibat ketulan daging yang tumbuh semakin hari semakin banyak selepas kemalangan kecil melibatkan percikan api. Kisahnya telah mrkumai kongsikan sebelum ini. Klik di SINI & Sini Dan bagi yang ingin membantu .. anda boleh menghulurkan derma terus kepada keluarga mereka ini. Jika ada mana-mana pihak […]

SELAMAT HARI GURU

Tadika Felda Kumai 1985

Hari ini 16 Mei . Baik di FB, Tweeter, blog malah di laman chat seperti whatsapp dan WeChat … semua mengucapkan Selamat Hari Guru … jom kita kenang-kenang kembali sejarah dan kenangan  kita bersama insan yang telah banyak berjasa ini. Kalau kita kenang-kenang semula kisah kita di Felda Kumai, rasanya pasti semua akan mudah mengingati […]

PRU 13: Suasana Mengundi @ Felda Kumai … 3

PRU 13 @ Kumai 16

Catatan ketiga kali ini mungkin sekadar berkongsi sedikit pengalaman lama mengenai suasana piliharaya di Felda Kumai. Sambil-sambil itu, saya akan selitkan beberapa tambahan gambar semasa PRU 13 yang baru-baru ini. Jadi kalau anda rasa cerita tak ada kena mengena dengan gambar, cuma pedulikan sahaja.  Saya sebenarnya tidaklah dapat mengingati sangat pengalaman lama kerana ketika zaman […]

PRU 13: Suasana hari mengundi @ Felda Kumai …2

PRU 13 @ Kumai 10

Catatan kedua mengenai hari mengundi ini saya lebihkan pula suasana semasa pusat mengundi dibuka. Selepas bersiap di rumah, saya bergerak ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Felda Kumai ini bersama bapa saya yang uzur.  Sebenarnya bapa saya dari pagi telah menunggu kenderaan peraih undi untuk menjemput beliau ke pusat mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya. Namun sehingga […]

PRU 2013: Suasana mengundi @ Felda Kumai..1

PRU 133

Hajatnya kami nak berkongsikan suasana sebelum hari pengundian termasuklah perang poster, kempen dan apa juga aktiviti yang berkaitan namun terpaksalah dilupakan kerana ketiga-tiga editorial nampaknya hanya dapat pulang menjelang malam hari mengundi. Jadi tak sempat bagi kami membuat liputan mengenai suasana berkempen di Felda Kumai pada PRU kali ini. Namun jika pembaca anak generasi Kumai […]

PRU 13 : Anak Kumai jaguh di gelanggang…

Dun Templer

Setelah menjadi sejarah sebagai anak Kumai yang pertama masuk ke gelanggang pertandingan di Pilihanraya Umum, ternyata sejarahnya tidak berakhir di situ sahaja. Menyusuli sejarah baharu bagi Generasi Felda Kumai, Saudara Zaidy Abd Talib kini bergelar anak Kumai yang pertama bergelar Yang Berhormat biarpun bukan di gelanggang kampung ataupun feldanya sendiri namun beliau membuktikan kepimpinannya turut diterima menyeberangi […]

Related Posts with Thumbnails

‹ Previous Posts