FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

Khabar dari Kumai


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13 : Parlimen Bera P 090

Parlimen Bera RESULT

Bagi Parlimen Bera, keputusan juga telah dimuktamadkan dengan sekali lagi menyaksikan penyandangnya , Dato Ismail Sabri mengekalkan kerusi parlimen ini. Namun ceritanya masih sama, dua kawasan DUN iaitu Dun Guai dan Kemayan kekal di bawah BN manakala Dun Triang masih gagal diusik daripada Parti DAP. Keputusan mengikut DUN dibawah Parlimen Bera Pecahan statistik pengundian bagi […]

PRU 13 : Keputusan DUN GUAI N37

Dun Guai

Pilihanraya Umum ke 13 telah berlalu pada 5 Mei yang lalu. Keputusannya juga telah diterima hasil daripada pengundian pengundi-pengundi yang layak. Felda Kumai seperti yang sedia maklum, juga menempatkan Pusat Pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaaan LKTP Kumai. 5 Saluran yang dibuka untuk pengundi-pengundi yang beralamat di sini. Cuma saya kurang pasti berapakah jumlah pengundi berdaftar […]

PRU 13: Anak Kumai masuk gelanggang

Zaidy Talib

Dalam meneliti calon-calon PRU dari pelbagai parti politik, saya terlihat laman FB Zamili Abd Talib yang berkongsikan kisah mengenai abangnya yang kini merupakan calon PAS di kawasan Templer, Selangor. Malah semalam, membaca BH terdapat gambar beliau bersama calon-calon yang lain sedang berarak ke pusat penamaan Calon dengan memakai Safety Helmet (pada pandangan saya). Zaidi merupakan […]

PRU 13: Calon Parlimen P090 BERA

Parlimen Bera calon

PRU 12 telah menyaksikan pertembungan dua calon dari Barisan Nasional dan PAS dan nampaknya pada PRU 13 bakal menyaksikan tiga ruangan pilihan di dalam kertas undi kelak. Pertembungan 3 penjuru ini turut menyaksikan peralihan kepada senarai pengundi dan parti yang diwakili mereka di mana pendatang baharu dari PKR menggantikan wakil PAS untuk PRU kali ini. […]

PRU 13: Parlimen Bera

Parlimen Bera

Selepas mengundi untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri , ADUN bagi DUN N37 GUAI, kita akan memilih pula untuk mengundi Ahli Parlimen yang akan mewakili kita di Dewan Rakyat di bawah P.090 Bera. Parlimen Bera mewakili tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN GUAI, DUN TRIANG dan DUN KEMAYAN. Ketiga-tiga DUN ini akan bernaung dibawah […]

PRU 13 : DUN GUAI

Pengundi di DUN Guai

Piliharaya Umum (PRU) ke 13 akan berlangsung pada 5 May 2013 ini. Kerancakan berkempen telah pun bermula selepas penamaan calon selesai pada 20 April 2013. FeldaKumai.com akan berkongsikan sedikit sebanyak maklumat aktiviti PRU dari masa ke semasa dan sebaiknya kami akan memberikan liputan dan peluang yang sama di antara mana-mana pihak. Tujuan piliharaya jelas, sebagai kaedah […]

Kelapa Sawit

Buah-Sawit-Segar

Felda Kumai merupakan tanah rancangan yang mengusahakan tanaman tunggal iaitu Kelapa sawit. Semua Felda di Gugusan Bera mengusahakan tanaman tunggal ini kecuali dengan Triang 3 yang mengusahakan tanaman. Jadi, saya percaya, tidaklah menjadi sesuatu yang amat luar biasa kepada generasi mudanya mengenai tanaman ini malah saya percaya, hampir semuanya pernah membantu ibu bapa masing-masing di […]

Ketua Blok @ Felda Kumai

peranan ketua blok Title

Di setiap Felda, saya pasti anda akan terbiasa dengan sistem blok yang diwujudkan untuk urusan pentadbiran dan pembahagian kawasan rumah dan kawasan ladang seperti yang saya kongsikan dalam catatan system blok terdahulu. Setiap Blok, akan mempunyai seorang Ketua Blok yang dipilih sendiri oleh ahli bloknya sebagai perantara antara pihak pentadbiran felda dan juga ahli blok. […]

Produk UBIMAS Enterprise @ Felda Kumai

ubi2

Kisah kejayaan Wak Masfol dalam menghasilkan produk keropok berperisanya untuk dipasarkan telah feldakumai.com kongsikan dalam catatan terdahulu. Klik kisah cerita kejayaan di SINI. Buat anda yang mungkin ketika berada di pasar raya dan ingin mencari hasil produk beliau ini yang berasal dari Felda Kumai, kampung halaman anda sendiri dan dihasilkan oleh salah seorang peneroka felda […]

Air Terjun Bukit Bertangga @ Felda Kumai

RRBB sungai 2

Bukit Bertangga merupakan antara salah satu tarikan utama jika anda datang ke Felda Kumai untuk anda singgah dan berekreasi. Ianya berada pada ketinggian 400 kaki dari paras laut dan merupakan  kawasan hutan lipur yang berada dalam kompartment 72 dan 76 Hutan Simpan Chini  dan seluas 2 hektar dan satu-satunya yang didaftarkan berstatus Hutan Lipur oleh […]

Hutan Simpanan Kekal Chini @ Felda Kumai

HUTAN SIMPANAN CHINI

Felda Kumai terletak bersempadanan dengan kawasan hutan simpan dibahagian timur dan tenggara  dan ramai antara generasinya mungkin tidak mengetahui nama hutan simpan tersebut. Saya masih teringat, semasa kecil ketika kami bermain-main dipinggiran hutan ini, kami akan menemui papan tanda Hutan Simpanan Kekal Chini ditampal terutamanya dilaluan masuk ke Bukit Bertangga yang asal. Laluan asal adalah […]

Blok 13 Felda Kumai

BLOK 13 (2)

Catatan kali ini di feldakumai.com ingin membawakan anda secara lebih dekat untuk mengenali sendiri atau mengenangkan kembali sesuatu di Felda Kumai. Kali ini saya ingin menawarkan kepada mana-mana pembaca feldakumai yang berasal dari felda ini untuk tampil mengisahkan sendiri blok masing-masing. Ini akan membantu rakan generasi yang lain untuk mengenali sendiri blok anda. Bahan-bahannya boleh […]

Rumah Terbakar @ Felda Kumai

RUMAH TERBAKAR DI KUMAI4

Baru-baru ini rumah salah seorang peneroka di Felda Kumai iaitu En. Azmi di blok 3, telah mengalami kebakaran yang memusnahkan sepenuhnya ruangan dapur dan bahagian belakang rumah. Kejadian ini disedari oleh mereka sendiri dan segera mendapat bantuan dari jiran tertangga sebelum kehadiran BOMBA. Tindakan pantas amat perlu dilakukan jika berlaku kebakaran di Felda Kumai kerana […]

Online bersama Generasi Felda Kumai…

Kumai terbaik

Jika anda ingin online bersama generasi Felda Kumai, terdapat 6 Laman Facebook yang menghimpunkan generasi kami : Felda Kumai @ Facebook ..klik dan juga : Generasi Felda Kumai .. Klik dan juga; Batch tahun 1979 .. Klik dan juga; Batch tahun 1980 .. klik  dan juga Generasi Blok 13 … Klik dan juga Majlis Belia […]

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kumai

sk lktp kumai

Seperti Felda yang lain di seluruh Malaysia, Felda Kumai juga memiliki sekolah kebangsaannya sendiri dan jasanya kepada semua generasi Felda Kumai tidak terbilang dan terhitung terutamanya bilamana kita mengimbas kembali jasa dan pengorbanan guru-gurunya yang turut sama berkampung di sini demi tugas dan amanah yang diberikan…  Memetik dari laman mrkumai.blogspot.com yang pernah membuat catatan bersempena […]

Related Posts with Thumbnails

‹ Previous Posts Next posts›