FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…

Isu Semasa


 Powered by Max Banner Ads 

SARA 1 Malaysia

Hari ini 30 Januari seperti yang di wawarkan sebelum ini akan dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Apa Yang Terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) Ini? Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development […]

, , ,

Felda tempah maut masuk pasaran saham?

KUALA LUMPUR, 4 Dis: Langkah Felda menerusi Felda Global Ventures Sdn Bhd untuk memasuki pasaran saham sehingga akan mengorbankan ratusan ribu ekar tanah milik oraganisasi itu, diyakini tidak akan mendatangkan pulangan besar seperti yang dijangka oleh para pemimpin Umno BN, tetapi hanya akan menempah maut. Sebelum memulakan langkah itu, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan […]

,

Felda timbang tawaran buka ladang di Kemboja

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), yang mempunyai dua ladang di Indonesia, kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk membuka ladang di Kemboja pula. Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad berkata pihaknya kini sedang di dalam perbincangan dengan pihak berkenaan di Kemboja, selepas mendapat tawaran untuk membuka ladang seluas 400,000 ekar di negara itu. Bercakap kepada Bernama di Yangon, beliau berkata […]

,

Felda Golbal Ventures ke Bursa Malaysia 2012

FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang pertengahan 2012 untuk mengumpul dana bagi syarikat itu menjadi sebuah konglomerat global, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata penyenaraian itu akan mewujudkan sebuah lagi syarikat perladangan berwajaran tinggi selain menarik pelabur antarabangsa ke Bursa Malaysia. Hak dan kepentingan peneroka FELDA […]

, , ,

Duit Syiling Baru Diperkenalkan Tahun 2012

Setelah menggunakan duit syiling yang ada sekarang hampir 20 tahun, Bank Negara Malaysia akan perkenalkan duit syiling baru tahun depan. Temanya ‘Keunikan Malaysia’.. Teringat masa kecik-kecik dulu, bukan main seronok dapat duit syiling bila pergi beraya, tapi sekarang ni nilai duit syiling ni sangatlah rendah dibandingkan 20 tahun yang dulu. Kalau dulu dengan duit syiling […]

PR1MA – Projek Perumahan 1Malaysia

Pada 4 Julai 2011, PM telah melancarkan fasa pertama Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), satu program khusus bagi kumpulan berpendapatan sederhana (RM6,000 ke bawah) untuk memiliki rumah kos sederhana berharga di antara RM150k ke RM300k. Tujuan Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman. Rasional Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA […]

,

‘Buah Tangan’ Sambutan Hari Peneroka 2011 di Jengka

Seperti yang di jangka memang banyak buah tangan dari PM kita, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk semua warga Peneroka Felda dan juga Generasai Felda. Antara pengumuman yang di buat PM ialah”- Pusat Bandar Jengka mendapat nama baru sebagai Bandar Tun Abdul Razak sebagai menghargai pengorbanan Perdana Meneteri Kedua, Allahyarham Tuan Abdul Razak. Bandar Tun […]

, , , ,

KPF umum dividen 15%

Baru je aku masukkan post pasal dividen KPF dijangka 14% dua minggu lepas. Akhirnya mengumuman yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli KPF sangat menggembirakan ahli-ahli KPF. Dividen bagi tahun 2010 ialah sebanyak 15%. Jom baca berita yang aku ambik dari Agendadaily.com ni. Peneroka Raih Dividen 15% Berikutan prestasi mantap KPF Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) […]

,

KPF dijangka agih dividen 2010 sebanyak 14 peratus?

Kepada yang dah melabur di KPF, aku ucap tahniah.. Yang belum melabur lagi, cepat-cepat isi borang.. bukan susah pun. Saya pernah kongsikan bagaimana nak melabur di KPF dengan menjadi ahli KPF. Cuba baca berita dari Bernama ni. Ternyata KPF lebih untung dari pelaburan ASB. KPF dijangka agih dividen 2010 sebanyak 14 peratus KOPERASI Permodalan Felda […]

,

Isa Jejas Felda Atau Tidak?

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang Isa Samad, Pengerusi Felda. Pelantikan Isa di anggap menjejaskan reputasi Felda kerana beliau pernah terlibat dengan isu politik wang sebelum ini. HarakahDaily menyebut Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan […]

, ,

Tandan kelapa sawit hasil tenaga elektrik

JENGKA 23 – Masyarakat di seluruh kawasan Tanah Rancangan Felda Jengka bakal menikmati kemudahan elektrik secara berterusan apabila Felda Global dan Tenaga Nasional Berhad bekerja sama membina kilang penghasilan tenaga di Jengka 9 menggunakan teknologi biomas tandan kelapa sawit kosong. Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata, gabungan kedua-dua organisasi di bawah nama FTJ […]

, ,

Senarai Orang Terkaya Di Malaysia 2011

Majalah perniagaan Malaysian Bussiness terbitan 16 Februari 2011 sekali lagi mendedahkan senarai terkini 40 individu terkaya di Malaysia (Malaysia’s 40 richest people). Seperti kajian sebelumnya, senarai terbaharu ini juga diperoleh berdasarkan penilaian ke atas pegangan individu terbabit dalam syarikat tersenarai. Bagaimanapun untuk blog ini, saya hanya menyenaraikan 20 daripada 40 individu terkaya yang dimaksudkan. Untuk mengetahui keseluruhan […]

Peneroka Felda Rentam Mohon Pinjaman Diluluskan

FELDA RENTAM- “Sudah lima tahun kami tinggal di rumah usang ini dan memang berhasrat untuk tinggal di rumah yang baru, tetapi permohonan kami masih belum diluluskan lagi,” kata Sukiman Aziz, 39, yang merupakan generasi kedua Felda di sini. Menurutnya, keadaan rumah asal Felda yang didudukinya itu sudah terlalu uzur dan kadang kala boleh mengancam keselamatan […]

, , ,

Lantik Isa urus Felda beri kesan buruk kepada pasaran?

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. “Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan […]

,

Peneroka Felda Menang Saman

Lagi kisah saman menyaman. Kali ini Peneroka Felda menang saman keatas kontraktor yang di lantik Felda untuk menebang pokok getah di Felda Raja Alias2. Kontraktor ini di katakan menjual harga yang rendah dari pasaran untuk pokok2 getah yang di tebang. Adakah berlaku kepincangan dalam pembahagian kontrak? Jom baca berita dari SINAR HARIAN Peneroka menang saman […]

Related Posts with Thumbnails

, , ,

‹ Previous Posts