FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

EDITORIAL

feldakumai.com merupakan sebuah laman yang dibangunkan oleh wakil generasi Felda Kumai sendiri bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama generasi serta menjadi wadah perhubungan dan perkongsian maklumat kepada semua.

Kami masih mempelawa kepada mana-mana individu yang berasal dari Felda Kumai untuk sama-sama dalam sidang editorial secara sukarela demi matlamat ini.

Buat masa ini, pasukan editoral terdiri daripada Fariz Khamis (Blok 10) (Pengasas) dengan dibantu oleh Mohd Hairulhisam  Ramli (blok13) dan Rohaya Razak (blok 16).

Buat masa ini kami sekadar membahagikan sendir beberapa genre catatan mengikut  kelaziman masing-masing.

Contohnya Fariz akan berkongsikan dengan anda maklumat dan catatan mengenai perniagaan, ekonomi, isu semasa serta politik.

Hairulhisam pula akan menumpukan catatan bergenrekan catatan perjalanan, kenangan silam, Felda dan juga info tani.

Manakala Rohaya akan cuba mengkisahkan genre mengenai belia, remaja, percutian dan juga isu semasa dan pastinya soal-soal berkaitan dengan dunia wanita.

Pihak editorial feldakumai.com masih mencari penulis sukarela untuk catatan berkaitan sukan,  terkini dari kumai, agama dan pelbagai lagi. Jika anda berminat, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.  

Segala catatan dan maklumat yang telah,sedang dan akan disampaikan dan dikongsikan di dalam feldakumai.com adalah bersifat perkongsian maklumat semata tanpa sebarang prejudis dan maksud tersirat.

Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerugian dan juga kesan akibat penggunaan maklumat yang ada jika digunakan semula ke khalayak.

Pihak kami mengalu-alukan cadangan dan komen untuk meningkatkan mutu catatan yang dikongsikan serta pembangunan laman ini.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>