FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Bantuan dan Pinjaman Pendidikan Felda

Ramai di kalangan anak peneroka Felda yang masih belum mengetahui bahawa Felda juga ada menyediakan bantuan dan juga Pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran di IPT dan IPTS seluruh negara dan juga luar negara. Jadi di sini saya sharekan beberapa jenis bantuan yang di sediakan Felda untuk anak-anak Felda melanjutkan pelajaran. Sumber asal di sini.

UITM DUNGUN

Bantuan Pelajaran Tinggi

    • Skim Insentif Pelajar ke IPT diberikan kepada anak-anak peneroka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda dan Diploma di IPTA dan IPTS.
    • Bantuan sebanyak RM500 di peringkat Diploma, RM1,000 di peringkat Ijazah dan RM1,500 di peringkat Ijazah Universiti Luar Negara disediakan sejak tahun 2004.

Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF)

  • Tabung ini adalah untuk membantu anak peneroka mendapat sumber kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Kemudahan skim ini dibuka untuk anak peneroka yang berkelayakan. Syarat pinjaman:-

i. Anak Peneroka
ii. Anak tiri atau anak angkat yang didaftarkan dan berada di Malaysia
iii. Warganegara Malaysia
iv. Tidak menerima bantuan biasiswa atau pinjaman dari universiti lain
v. Memiliki sijil SPM

    • Kadar pinjaman yang diberikan ialah RM6,000 di peringkat ijazah manakala RM4,500 di peringkat diploma.
    • Mulai bulan Oktober 2010, pinjaman melanjutkan pengajian bagi peringkat diploma IPTA/IPTS diubah kepada Pinjaman Boleh Ubah di mana peratus Bayaran Kembali (BK) yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada purata prestasi akademik seperti CGPA 3.8 ke atas hanya dikenakan bayaran 10% sahaja.
    • Kadar pinjaman maksimum dikenakan kepada peminjam yang mendapat kelas ketiga iaitu 2.0-2.4 manakala gagal mencapai 2.0 dikehendaki membayar 100% pinjaman.
    • Tempoh bayaran kembali pinjaman antara 36-70 bulan.

Dana Khas Pelajar Cemerlang

  • Skim Dana Khas Pelajar Cemerlang dimulakan pada 2005, merupakan program penghantaran pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran di universiti luar negara.
  • Pelajar cemerlang lepasan SPM akan ditemuduga oleh panel khas dan pelajar yang berjaya dihantar ke luar negara mengikuti pelbagai bidang profesional.
  • Bidang pengajian yang ditaja oleh FELDA di luar negara ialah kejuruteraan, kewangan, ekonomi dan bioteknologi.
  • Pada tahun 2010 skim ini telah diubah kepada Skim Pinjaman Dana Khas Pelajar Cemerlang bergantung pada keputusan peperiksaan pelajar. Kadar Bayaran Kembali adalah berdasarkan prestasi peperiksaan iaitu:
      i) Pelajar yang berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama dan Ijazah Kelas Kedua Atas (Second Class Upper), dikecualikan dari membayar balik pinjaman.
      ii) Pelajar mendapat Ijazah Kelas  Kedua Bawah (Second Class Lower) dan Ijazah Kelas Ketiga, dikenakan bayaran 10% daripada jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh FELDA.
      iii) Pelajar gagal mendapat Ijazah (Pointer di bawah 2.00), dikenakan membayar 100% jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh FELDA.
  • Dana Khas Pelajar Cemerlang adalah usaha dan matlamat jangka panjang FELDA menyediakan barisan pelapis dan memberi peluang kepada generasi FELDA memegang jawatan yang sesuai dalam organisasi.

 

Related Posts with Thumbnails

4 thoughts on “Bantuan dan Pinjaman Pendidikan Felda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>