FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Fakta FELDA di Negeri Pahang

Bercerita mengenai FELDA, saya kecilkan pula kisahnya di negeri Pahang. Negeri Pahang mempunyai bilangan peneroka yang teramai di Malaysia.

taburan felda

  1. Terdapat sejumlah 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di 317 tanah rancangan itu di seluruh negara setakat ini.
  2. seramai 108,322 peneroka terdiri dari kaum Melayu, 1,097 kaum Cina, 1,522 kaum India dan dan selebihnya kaum-kaum lain.
  3. Pembukaan tanah secara besar-besaran oleh Felda pada tahun 1960 hingga akhir 1989 dan selepas itu kerajaan mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil peneroka mulai 1 Jan 1990.
  4. Di Negeri Pahang, terdapat 43.123 peneroka melibatkan 115 buah rancangan.
  5. Terdapat 3 buah wilayah pentadbiran di Negeri Pahang iaitu Kuantan, Mempaga dan Jengka.
  6. Wilayah Kuantan  mempunyai 13307 peneroka, 1742 penerokawati atau sejumlah 15,049 peneroka/wati. Saya difahamkan wilayah ini melebar ke selatan Terengganu*.
  7. Wilayah Jengka mempunyai 14,956  peneroka/wati dengan pecahan 12,573 peneroka manakala 2383 adalah penerokawati.
  8. Wilayah Mempaga pula mempunyai 10,168 peneroka dan 2950 penerokawati.
  9. Pecahan peneroka yang terlibat dengan tanaman getah aalah 2623 peneroka dan 40,500 peneroka terlibat dengan tanaman kelapa sawit.
  10. Sejak FELDA Lurah Bilut, Bentong dibuka pada 1950-an, kerajaan negeri menyumbang tanah seluas 185,380.23 hektar bagi menjayakan rancangan tanah untuk membasmi kemiskinan rakyat.
  11. Daripada jumlah itu, seluas 175,120.68 hektar dimajukan dengan tanaman kelapa sawit manakala selebihnya iaitu 10,259.55 hektar diusahakan untuk tanaman getah.
  12. Jika hendak dibuat perbandingan, tanah yang diserahkan oleh Kerajaan Pahang kepada FELDA menyamai keluasan Pulau Pinang (104,630 hektar) dan Perlis (80,302 hektar) jika digabungkan. Jumlah peneroka yang terlibat di tanah-tanah rancangan FELDA di Pahang seramai 43,124 orang terdiri daripada penduduk tempatan dan luar negeri itu.
  13. Menurut pecahan, rakyat Pahang yang menjadi peneroka di negeri itu ialah seramai 14,111 orang, manakala selebihnya iaitu 29,013 orang datang dari luar Pahang.
  14. Rakyat Pahang yang menjadi peneroka mewakili 32.7 peratus berbanding rakyat negeri lain seperti Kedah seramai 6,509 orang (15.1 peratus), Perak seramai 5,892 orang (13.7 peratus) dan Selangor seramai 4,809 orang (11.2 peratus).
  15. Penduduk Kelantan yang menjadi peneroka di Pahang ialah seramai 4,202 orang (9.7 peratus), Johor (2,141 orang atau 5 peratus), Terengganu (1,572 orang atau 3.7 peratus), Pulau Pinang (1,433 orang atau 3.3 peratus), Melaka (1,052 orang atau 2.4 peratus), Perlis (793 orang atau 1.8 peratus) dan Negeri Sembilan seramai 610 orang (1.4 peratus).
  16. Daripada keseluruhan 43,124 peneroka itu, seramai 30,155 orang atau kira-kira 70 peratus telah menerima surat hak milik tanah atau geran ke atas tanah-tanah yang mereka kerjakan selama antara 20 dan 25 tahun.
  17. Sebagai rancangan tanah yang paling awal dibuka, tidak hairanlah seramai 71 peneroka FELDA Lurah Bilut di Bentong menjadi kumpulan pertama menerima surat hak milik tanah masing-masing. 
Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>