FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)

Pelaksanaan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada Generasi Baharu FELDA yang layak memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan selain melaksanakan tanggungjawab sosial FELDA kepada warga peneroka. PGBF yang dilaksanakan adalah bergantung kepada lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan daripada penduduk setempat. Cadangan dasar bagi pelaksanaan projek telah diluluskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada FELDA semasa sesi pembentangan Bajet 2013 yang mengumumkan sebanyak 20,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh 5 tahun di tanah-tanah rancangan FELDA.

Ringkasan Projek Pembangunan PGBF

Komponen Projek

- Rumah Teres Setingkat
- Rumah yang dibina adalah dalam bentuk Industrialised Building System (IBS) atau lebih dikenali sebagai rumah pasang siap.

Harga Jualan Rumah

Bermula dengan harga RM70,000.00 setiap unit tidak termasuk kos guaman, duti setem dan lain-lain kos yang berkaitan.

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Pendaftaran Pembeli

- 2 salinan kad pengenalan suami isteri
- Salinan surat atau kad nikah
- Salinan sijil kelahiran suami isteri
- Penyata kewangan bank untuk 3 bulan terkini jika berniaga atau bekerja sendiri
- Penyata gaji terakhir dan surat pengesahan jawatan jika berpendapatan tetap
- Borang taksiran cukai pendapatan (Borang J atau Borang EA atau Penyata KWSP) terkini (jika ada)
- Satu permohonan sahaja dibenarkan daripada satu keluarga peneroka

Kelayakan Asas Pembeli

- Warganegara Malaysia dan mempunyai kad pengenalan Malaysia
- Merupakan warga Generasi Baharu FELDA
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Telah berkahwin
- Satu permohonan bagi pasangan suami isteri daripada satu keluarga peneroka
- Pendapatan seisi keluarga tidak melebihi RM2,500.00 sebulan
- Tiada rekod kesalahan dan jenayah
- Tidak muflis atau bankrup

Kriteria Utama Pembeli
a)Generasi Baharu FELDA yang bermastautin dalam rancangan dan membantu keluarga dalam kerja kebun atau bekerja dengan Syarikat Kumpulan FELDA
b)Generasi Baharu FELDA yang bekerja di luar tetapi bermastautin dalam rancangan
c)Generasi Baharu FELDA yang bekerja di luar dan menyewa rumah berhampiran dengan rancangan

Sekiranya terdapat permintaan yang berlebihan untuk unit-unit rumah PGBF yang ditawarkan, Jawatankuasa Khas Penapisan dan Pemilihan akan menjalankan pemilihan pembeli berdasarkan cabutan undi.

Surat perjanjian jualbeli hanya akan ditandatangan setelah pembeli berjaya mendapatkan tawaran pembiayaan daripada institusi kewangan berlesen ataupun lain-lain sektor yang berkenaan.

Pembiayaan Bagi Pembelian Rumah Projek PGBF

Pembiayaan kewangan bagi pembelian rumah dilaksanakan melalui dua (2) kaedah iaitu:

Pembiayaan Pinjaman Daripada Institusi Kewangan berlesen:

Bagi pembeli yang layak, mereka mempunyai kebebasan untuk memilih pinjaman daripada panel institusi kewangan berlesen yang telah dikenal pasti oleh FELDA, bergantung kepada terma dan syarat yang telah dipersetujui. Pembeli juga boleh mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen yang lain.

Pembiayaan Secara Tunai

Pembeli PGBF juga boleh membeli unit-unit PGBF secara tunai sekiranya mereka mampu.

Syarat-syarat Khas pemilikan rumah PGBF

Pembeli tidak dibenarkan untuk menjual atau pindah hakmilik rumah PGBF yang telah dibeli kepada orang perseorangan, syarikat atau koperasi dalam tempoh masa lima (5) tahun dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani. Sebarang penjualan atau pindah hakmilik rumah PGBF perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada pihak FELDA.

Jabatan Perumahan FELDA

Tel : 03-26172617/4260/4261/4266 Fak : 03-26910823

e-mail : feldapgbf@gmail.com Website : http://www.felda.net.my

pgbf1 pgbf2 pgbf3 pgbf4

Related Posts with Thumbnails

One thought on “Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF)

  • saya nak mohon PGBF krn pdpatan saya dan suami TIDAK mampu utk memiliki rumah sdiri.saya mpyai 2org anak dan skrg menumpang di rumah org tua. saya ingin memiliki rumah sendiri dgn bantuan dr PGBF.diharap dapat mbantu golongan yg tidak mampu utk memiliki rumah sendiri. TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>