FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Sejarah FELDA…

Sebelum terlajak jauh bercerita mengenai Felda, saya rasa ada baiknya saya berkongsikan sedikit mengenai sejarah FELDA. Maklumlah kita menyebut FELDA berulang kali tetapi berapa ramai yang mengetahui makna sebenar FELDA dan fungsinya.

FELDA merupakan akronim dari bahasa Enggeris yang membawa maksud Federal Land Development Authority dan disingkatkan sebagai FELDA.

Dalam bahasa Melayu pula dikenali dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ataupun akronimnya adalah LKTP. Yang biasa digunakan perkataan LKTP ini adalah nama setiap sekolah di Felda contohnya Sekolah Kebangsaan (LKTP) Kumai. 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

  • Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  • Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
  • Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  • Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.

Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>