FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka

Tahukah anda Felda mempunyai Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka buat warga peneroka mengubahsuai rumah-rumah mereka bagi yang tidak berkemampuan.

Kadar pinjaman bagi seorang peneroka yang layak adalah minimum RM10,000 dan maksimum RM40,000.00.

Syarat-syarat yang mesti dipenuhi :

i)    Terbuka pada peneroka yang berumur tidak melebihi 70 tahun semasa permohonan dibuat.
Perlu  mempunyai 2 orang penjamin yang berpendapatan tetap (salah seorang mestilah terdiri daripada anak
atau waris kadim pemohon).
Bagi pinjaman yang tidak melebihi RM15,000.00, gaji  penjamin mestilah tidak kurang RM500.00 sebulan.
Manakala pinjaman yang melebihi RM15,000.00, gaji penjamin mestilah tidak kurang dari RM800 sebulan.

ii)   Tidak mempunyai rekod tatatertib dengan Felda

iii)  Peneroka mesti menghantar semua hasil ke kilang Felda atau melaksanakan tanam semula bersama Felda.

iv)  Tempoh minimum Bayaran Balik Pinjaman ialah 10 tahun.  Manakala tempoh maksimumnya ialah 20 tahun.

v)   Pembayaran balik pinjaman ini juga meliputi:

  • Kos perkhidmatan 2.5%
  • Caj perkhidmatan FESSB 4%
  • Insurans

Sumber: Website Felda

Related Posts with Thumbnails

, , ,

15 thoughts on “Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka

  • tron-ika jbtownspeedway says:

    gara2 pinjaman tak diluluskan pening kami adik beradik.. Nak tebus rantai mak yg didahulukan untuk wat rumah.. Time mohon aritu comfident betul ckp leh lulus.. Mane nak cekau 10k dlm ms sebulan.. Sokong dah sokong tp ni balasannya..

  • mohd sukri bin alias says:

    Salam, bagaimana saya nak semak baki pinjaman ayah saya iaitu baki pinjaman sebanyak rm 40,000 untuk baik pulih rumah.

  • mohd sukri bin alias says:

    salam.. bagaimana saya nak semak baki pinjaman ayah saya, baki pinjaman perumahan sebanyak rm 40,000 yang telah di buat.

  • Suraya Mohd din says:

    Emak saya dah dua kali hantar permohonan buat umah baru kenapa sampai sekarang masih x lulus,semua syarat2 yg diminta sangat lengkap…tlg jelaskan apa masalah lg

  • yazid says:

    salam..nak tanya sikit..loan ayah saya dah lulus..rumah 2 kita bina sendiri atau kontraktor yang dilantik oleh felda..kalau serah kat kontraktor dapat besar mana je umah 2..kalu bina sendiri boleh jgk bajet2..

  • Hj.Khairy Bin Idris says:

    Saya, adalah Generasi kedua peneroka Felda menyokong penuh diatas Bantuan Pinjaman Perumah yang ini ditubuhkan. Memandangkan Malaysia Menuju Wawasan 2020, saya berharap Pihak Felda dapat bertolak ansur mengenai faktor umur peminjam di tinkatkan 70 ke 75 tahun. Sekian terima kasih…

  • mudrah says:

    salam..saya ank peneroka felda bukit kepayang..ayah saya pnh apply nk wat loan ni tp ditolak,alasannya sama spt komen2 sblm ni gak n kerani tu kate klu nk die proses borang kena bg duit kopi…mcm ni ke cara kerja kakitgn felda?apakah budaya rasuah dah jd satu kebiasaan?andaian saya kalau dh kerani pandai mtak duit kopi,yg ats2 apatah lagi kn….sbgai agen kerajaan yg mguruskn pmbgunan tanah,,buat la krja dgn telus…awak nk suruh org undi kerajaan tp kerja mcm bangkai xguna la…ngkau btugas utk mbntu pneroka,bknnnya nk pow duit pneroka…bodoh pny kerani pmpuan tu…sial……

  • surianai says:

    kecewa kerana pinjaman perumahan ayah saya di f bkt kepayang ..x dapat setekah lama menanti..harap dapat perhatian yang sewajarnye..

  • surianai says:

    ayah saya juga pernah memeohon pijaman perumahan tetapi gagal..kenapa ye,,,bagaimana oarg lain mudah saja..kami anak2 adalah penjaminnya

  • Rahimah Sulaiman says:

    Saya generasi kedua Felda Pasoh 1..Saya amat kecewa kerana pinjaman perumahan ibu saya sehingga kini tiada khabar berita..Rasanya telah lebih 3 thn kami apply..Rumah atas ( rumah asal peneroka) telah teruk dimakan anai-anai..Pelbagai jwpan yg saya dengar antaranya pinjaman org sebelum ini tidak dapat dikutip menjadi alasan kononnya pinjaman dibekukan…Apa kena mengena dgn pinjaman kami pula..? Mohon disegerakan dan diambil perhatian.

  • faizaton says:

    saya anak felda pasoh 2, kecewa dengan bahagian pinjaman felda kerana dari tahun 2007 kami memohon membuat pinjaman tapi sehingga ke hari ini tidak diluluskan lagi..sekarang ayah saya berumur 67 tahun lagi 3 tahun cukup 70 tahun dah xboleh buat pinjaman..ntah sampai terpejam pun x kesampaian nak duduk dalam rumah sendiri yg selesa..laporan dari felda mengatakan pengurus membuat laporan rumah kami sudah 70% diubah suai..tetapi turun dan lihat sendiri apa yang dikatakan sudah 70% tu..berlubang sana sini.bila hujan turun berderet baldi dan xcukup besen besar tuk menadah air..kalau setakat laporan saya pun boleh buat laporan yang mengatakan felda tak ambil tindakan..rumah-rumah yang besar kemudian dh 100% ubahsuai dibesarkan lagi..senang sahaja loan mereka diluluskan..
    inikah yang dikatakan rakyat diutamakan? felda tolong bertindak..

  • yusmizal muna says:

    kenapa pinjaman perumahan ayah saya ditolak sedangkan syarat-syarat telah dipatuhi.Pegawai perumahan kate rumah kami dah 70% bukan rumah felda tidak boleh mohon…saya tak puas hati coz org felda lain boleh buat kenapa kat jengka 14 tak boleh…dah 6 bulan kami mohon x de apa jawapan.kami cuma nk pohon wat atap cz rumah kami bocor walau pun dah ada perubahan 70%pada struktur rumah.rumah kami cuma nk ganti atap…jer tolong lh….

  • Fariz Kamis says:

    boleh hubungi pejabat felda masing2

  • jeffery.b.chik says:

    bagaimana cara untuk membuat permohonan pinjaman ini.

  • lyeinn says:

    Minta dipercepatkan pinjaman rumah,rumah kami berhadapan jalan utama k.lumpur-kelantan.Sila ambil tindakan segera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>