FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Air Terjun Bukit Bertangga @ Felda Kumai

Bukit Bertangga merupakan antara salah satu tarikan utama jika anda datang ke Felda Kumai untuk anda singgah dan berekreasi.
Ianya berada pada ketinggian 400 kaki dari paras laut dan merupakan  kawasan hutan lipur yang berada dalam kompartment 72 dan 76 Hutan Simpan Chini  dan seluas 2 hektar dan satu-satunya yang didaftarkan berstatus Hutan Lipur oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bagi Daerah Bera untuk tujuan rekreasi.
Sebenarnya terdapat satu lagi kawasan air terjun iaitu Air Terjun Terapai yang berada berdekatan Felda Mayam tetapi ianya belum didaftarkan mungkin kerana faktor lokasi yang agak jauh untuk dikunjungi berbanding Bukit Bertangga dengan kenderaan biasa dan kurang selamat barangkali.
Alur sungai

Bukit Bertangga mempunyai  2 air terjun setinggi 30 meter dan 20 meter namun tidak sesuai untuk mandian ekoran kedudukan yang agak berbukit dan bercerun batu dan memerlukan pendakian. Malah kolam mandiannya jugak amat kecil dan sukar untuk didekati namun bagi mereka yang berhajat pastinya ianya bukan penghalang.

Pada awalnya, kawasan utama Bukit Bertangga adalah lebih popular dibahagian kawasan atas air terjun utama yang perlu didaki sejauh 500 hingga 1000 meter pendakian bekas laluan lori balak sebelum memasuki denai yang melalui kawasan pokok-pokok besar, cerun dan akar pokok. Dahulu jalan balak yang dibina memudahkan pendakian malah bagi yang berani, pendakian dengan menaiki motorsikal menjadi pilihan  tetapi kini ianya tidak lagi sempurna dan sesuai bagi kunjungan keluarga
Apabila sampai di kawasan bersebelahan air terjun, pengunjung peru mendaki celahan batu untuk naik ke alur utama dan meneruskan perjalanan dan pendakian melalui denai yang bersebelahan alur sungai sebelum sampai di kolam utama.
Di awal pembukaanya, kolam ini menjadi tumpuan utama pengunjung untuk mandi dan berenang ataupun terjun dari atas tebing dan pokok. Kini ianya sudah dilupai malah amat jarang menjadi pilihan untuk pengunjung melakukan pendakian ke sini kerana faktor keselamatan dan juga keselesaan.
Bukit Tangga kini…,
Jambatan untuk ke seberang kawasan utama
Laluan masuk utama ketika itu hanyalah melalui kawasan ladang ataupun berjalan kaki merentas denai laluan yang telah dinaik taraf ketika ini.
Malah apabila sampai masih terdapat jambatan kayu balak yang menghubungkan kawasan rekreasi utama yang terbentuk seolah-olah tanjung.
Kawasan ini sebenarnya menjadi kawasan ‘mantai’ bagi kegiatan pembalakan di mana kayu balak dikumpulkan dan semua jentera dan rumah pekerja ditempatkan di sini.
 
Dahulu kawasan ini hanya dihubungkan degnan jambatan kayu balak tetapi kini jambatan kayu balak telah digantikan dengan jambatan konkrit yang boleh dilalui oleh kenderaan ringan ataupun pejalan kaki jika anda membuat pilihan untuk meletakan kenderaan di kawasan sebelum jambatan ini yang telah dinaik taraf dengan kawasan khusus untuk meletakan kenderaan. Bagi yang bermotosikal atau pacuan empat roda selalunya akan terus menyeberangi kawasan ini.
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah membangunkan kawasan di sekitar jambatan ini sebagai kawasan rekreasi utama dengan membersihkan alur sungai dan semak samun serta menambah kemudahan seperti pondok rehat, tandas dan bilik menyalin pakaian, kawasan perkhemahan, taman hutan, tempat meletak kenderaan dan  laluan bertangga ke kawasan kolam mandian.
Di sini juga anda boleh melihat ratusan malah mungkin ribuan pokok-pokok hutan yang ditanam semula sempena kempen menanam sejuta pokok yang dilancarkan pada 1999 bagi menyokong Hari Hutan sedunia ataupun atau program sokongan membida Sukan Asia 2006. (Tak pasti yang mana satu programmnya).
Yang pastinya ianya dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk Felda Kumai. Yang peliknya menaman pokok di dalam hutan? Bukankah bagus kalau di tanam di sekitar kawasan kampung. Tak apa kita tinggalkan isu ini kerana pastinya kunjungan anda di Bukit Bertangga akan bertemankan suasana damai dan aman.
kawasan perkhemahan
Selamat untuk kanak-kanak (Tanggungjawab sendiri)
Selepas hujan lebat..
Juga selepas hujan lebat
Alur sungainya pula amat sesuai untuk aktiviti riadah dan selamat bagi kunjungan berkeluarga kerana berarus perlahan dan jika hujan tiada limpahan air yang kuat. Manakala kolam mandian dewasa tidaklah terlalu dalam dan tidak berisiko untuk mandi manda.
pilihan kanak-kanak bermandi manda
Bagi mereka yang ingin bermalam, amat tidak digalakan kerana faktor jarak yang agak jauh dari kawasan kampung dan kemudahan elektrik yang terhad tetapi jika dilakukan secara berkumpulan yang besar dan mungkin sebagai program, anda boleh mendapatkan khidmat kawalan keselamatan daripada pasukan RELA Felda Kumai.
antara kolam mandi
Sesungguhnya ianya amat kecil dan begitu ringkas tetapi bagi penduduk Felda Kumai, ianya sesuatu yang dibanggakan malah menjadi destinasi pilihan jika pulang ke Kampung halaman.

Selamat berkunjung ke Rimba Rekreaksi Bukit Bertangga..

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>