FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Bas Sekolah Felda Kumai terbakar…

Petang semalam 12 Julai 2013, sekitar pukul 5 petang saya mendapat update dari Facebook Generasi Felda Kumai dan Warga Felda Kumai mengenai kejadian yang baharu sahaja berlaku sekitar 2 jam yang lalu.

Kejadian yang amat mengejutkan ini mendapat liputan dan reaksi yang meluas di kalangan warga felda kami ini terutamanya dari luar yang juga terperanjat.

Bas sekolah Kumai Terbakar6

Bukan sebuah yang terlibat tetapi kedua-dua  buah bas sekolah yang telah banyak berjasa musnah dalam kebakaran yang dikatakan bermula pada sekitar pukul 3 petang. 

Bas sekolah Kumai Terbakar4

Bas yang dimiliki sepenuhnya Koperasi Felda Kumai ini musnah dijilat api sepenuhnya ketika diletakan di dalam bangsal mereka.

Bas sekolah Kumai Terbakar5

Bas ini menjalankan tugasnya pada hari jumaat dan selepas habis sahaja tuga mengambil dan menghantar penumpang iaitu pelajar dari Felda Kumai ke sekolah menengah di SMK Triang 3.

Bas sekolah Kumai Terbakar

Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk menyelamatkan bas berkenaan dan hanya mampu memadamkan baki kebakaran yang turut memusnahkan bangsal meletak bas tersebut. 

Bas sekolah Kumai Terbakar2

Kami masih belum mendapatkan sumber yang pasti mengenai punca kejadian. Biarlah pihak berkenaan menjalankan siasatan.

Bas sekolah Kumai Terbakar3

Jika ada unsur sabotaj, kami berharap mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Siri kedua, kami akan cuba mengumpulkan komen-komen dari laman FB mengenai kenangan mereka bersama bas yang telah banyak berjasa ini.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>