FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Bolasepak @ Felda Kumai

Kisah mengenai Felda Kumai yang ingin saya imbau seterusnya adalah mengenai bolasepak. Apa yang hebatnya untuk diceritakan mengenai bolasepak? Sana sini semuanya bermain bolasepak.

Sebenarnya tiadalah hebat sangat. Cuma sesekali mengimbau bertapa meriahnya aktiviti bermain bolasepak di Felda Kumai suatu ketika dahulu.

Bola @ Kumai (17)

sesekali balik kampung ..kita lawan team Kumai..

Mungkin saya hanya mampu untuk mengenangkan kembali sekitar tahun 1985 ke atas. Ketika ini saya kira bukan hanya Felda Kumai yang begitu aktif dengan permainan bolasepak tetapi meluas di sekitar Felda di Gugusan Bera.

Saya kira ketika itu peneroka masih muda, sihat dan golongan belia masih ramai di Felda Kumai kerana tidak berhijrah ke luar. Kalau jauh pun kebanyakkan belia di Felda Kumai  ketika itu bekerja kampung samada mengambil upah di ladang atau pun bekerja di kilang sawit seperti di Tementi dan Triang 3. Jangan tak percaya antara kelebihan kalau memohon kerja di kilang sawit ketika itu adalah boleh dan pandai bermain bola.

Maka setiap petang akan penuhlah padang bola di Felda Kumai dengan aksi-aksi hebat pemain bolasepak dari dua lapisan berbeza era ini. Lebih menambah keghairahan adalah kalangan guru-guru sekolah kebangsaan yang rata-rata juga muda dan mengisi waktu petang dengan permainan bolasepak.

Setiap bulan akan ada sahaja perlawanan bolasepak persahabatan antara Felda dan lebih menarik juga diadakan perlawanan 7 sebelah atau 9 sebelah yang bukan hanya mengundang 6 pasukan tetapi menjangkau 20 pasukan dalam satu-satu masa.

Yang berniaga makanan seperti ayah saya ketika itu turut mendapat limpahan rezeki. Manakala kami yang masih kecil pula tak akan melepaskan menonton aksi tersebut walauapun terik dan bahang matahri ketika itu menbakar bukan hanya kepada pemain tetapi kami juga.

Kelibat dan kelincahan pemain seperti Cikgu Samsudin, Pak Cik Dzulkifli (Ayah Jimmy), Parmin, Abg Zul Kengkang atau Abang Ramli PNF mungkin sekadar beberapa nama serta ketegasan Arwah Mat Kuning yang selalu menjadi pengadil menjadi antara watak penting di tengah padang.

Bola @ Kumai (36)

Jimmy Halimy …

Felda Kumai pernah menjadi juara bagi Gugusan Bera pada tahun 1990 atau 1991 kalau tak silap saya dan menyaksikan perlawanan akhir di padang Felda Sebertak dengan menaiki lori kelapa sawit milik koperasi yang diaturkan khas kepada kami sukar dilupakan.

Malah kesungguhan Arwah Asri Pak Hassan (depan masjid) mengayuh sendiri basikalnya untuk ke Sebertak selepas ketinggalan lori yang disediakan menjadi bukti kesungguhan penyokong Felda Kumai ketika itu biarpun sampai di separuh masa kedua.

Kehebatan pemain-pemain Felda Kumai yang mengabungkan belia dan peneroka serta guru-guru dibawah pimpinan jurulatih Cikgu Kamaruzaman (Penyelia Petang)  ketika itu sukar dinafikan pasukan lawan. Malah perlawanan peringkat awal kumpulan itu sendiri telah menampakkan kehebatan pasukan Kumai ketika itu.

Menjelang pertengahan tahun 1990 an, padang bola Kumai yang sememangnya dianggap terbaik di kalangan padang bola felda yang lain di Gugusan Bera menjadi suram kerana penghijrahan ramai kalangan belia ke luar  khasnya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan. Manakala golongan peneroka pula bertambah berusia meninggalkan hanya kalangan remaja yang terkontang kanting sendirian di padang.

Kini, difahamkan padang Felda Kumai kembali meriah dengan aktitiviti bermain bola ini dan aktif juga pasukan bolasepak Kumai membuat perlawanan persahabatan.

team kumai terkini

pasukan Kumai 2013

Bagi kami yang pernah merasai bahang kehebatan bolasepak di Felda Kumai suatu ketika dahulu ini amat mengharapkan bahangnya berterusan membakar semangat dan menyalakan keghairahan yang berterusan dikalangan mereka… syabas…

Related Posts with Thumbnails

One thought on “Bolasepak @ Felda Kumai

  • Andi says:

    dekat bola..s’lain itu jika piya berada dlm skuad keabsgnaan lbh2 lg b’ganding dgr p’main t’baik kelantan iaitu nor shahrul idlan talaha @ lbh gemar d’knl sbg mat yo akn lbh memantapkan lg bhgian dpn mlah kite bleh pergi jauh lg dlm AFF nti saye arap sgt datuk k meneliti prestasi piya krn usia bkn p’halang utk kite m’capai kemenangan lbh2 lg kite m’jd tuan rumah utk edisi kali ini b’same thailand b’gnding b’same p’main lame xsalah krn misi n visi adlah same iaitu p’tahankan kan cup AFF..pilih la piya utk dio m’lengkapi koleksi sbg pemain keabsgnaan..tq..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>