FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Cuti sekolah dan kenduri kahwin di Felda

Cuti sekolah baru sahaja bermula. Sekarang ni cuti sekolah je mesti bertambah kenduri kahwin kat Felda-Felda seperti mana tempat lain juga. Kalau minggu biasa cuma ada satu kenduri je seminggu, tapi bila cuti sekolah je kadang-kadang ada empat kenduri dalam satu hari untuk satu Felda. Betul tak?

Kalau di Felda kebiasaanya kenduri di jalankan oleh kumpulan blok. Ada yang di panggil ‘syarikat kenduri’ walaupun tidak berdaftar di bawah Akta Syarikat 1960. Kumpulan atau ‘syarikat’ ini terdiri daripada beberapa blok yang digabungkan menjadi satu.

Gotong royong di hari kenduri

Jika terdapat ahli didalam kumpulan yang ingin menjalankan kenduri, ahli kumpulan kenduri akan bermula dengan mesyuarat kenduri. Kebiasaanya sebulan sebelum kenduri di jalankan. Semasa mesyuarat kenduri inilah tugas-tugas akan di agihkan. Kebiasaanya tugasan untuk setiap orang sama bagi setiap kenduri. Contoh bahagian masakan dah ada ‘specialist’ bahagaian masakan.

Apa yang menarik semasa kenduri di Felda terutamanya Felda Kumai yang saya tahu yang saya nak ceritakan di sini ialah sikap tolong menolong bergotong royong. Kalau orang jawa panggil ‘rewang’ . Semua kerja dilakukan secara bergotong royong. Bak kata orang-orang dulu ‘Berat sama di pikul, Ringan sama di jinjing’.

Teringat saya semasa saya bersekolah rendah lagi, setiap kali ada kenduri, abah saya akan menyuruh saya pergi ‘rewang’ di tempat kenduri. Katanya, hidup bermasyarakat kena lah tolong menolong. Masa jiran kita kenduri kita tolong, nanti kita kenduri jiran pulak akan tolong kita. Macam tulah nilai-nilai murni yang di ajar oleh bapa saya dahulu yang saya percaya di ajar kepada semua anak-anak peneroka Felda.

Kalau kita perhatikan semasa hari kenduri, dari bermulanya lembu disembelih, dagingnya dilapah dan terus kepada kerja memasak semuanya dilakukan beramai-ramai. Tidak hairanlah kalau di Felda, lembu disembelih pada waktu pagi hari kenduri tersebut sendiri. Bayangkan betapa cepatnya kerja-kerja dilakukan kalau kita bekerja bersama-sama bak kata Wonderpet “Apa yang penting.. Kerjasama”.

Berat sama dipikul, ringan sama di jinjing

Kebiasannya anak muda atau belia Felda akan membantu mengangkat hidangan. Tapi itu suatu masa dahulu la. Sejak ramai anak muda berhijrah ke bandar, semakin kurang anak muda yang datang membantu. Warga peneroka pula semakin meningkat usia dan kurang berkemampuan untuk melakukan kerja berat. So, sekarang ni kita dapat lihat di Felda sendiri telah pun menggunakan sistem layan diri seperti di bandar-bandar.

Persoalannya, adakah kerja-kerja gotong royong ini akan berakhir apabila berkahirnya generasi pertama Peneroka Felda? Mungkin kah suatu hari nanti sistem katering pula yang akan muncul di Felda? Inilah yang seharusnya menjadi satu tugas yang harus dipikul bersama oleh generasi kedua dan seterusnya supaya budaya gotong royong ini terus berada bersama masyarakat Felda. Generasi baru terutamanya yang tinggal di Felda harus mengambil alih peranan abah atau ayah dan bersama-sama meneruskan budaya gotong royong di Felda.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>