FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda Kumai… sistem blok

Bila ditempatkan di Felda, peneroka akan dibahagikan kepada sistem blok merangkumi kawasan penempatan dan juga ladang sehingga diberikan ladang secara individu. Namun bagi soal pentadbiran, setiap blok akan dilantik seorang Ketua Blok sebagai wakil antara ahli blok dan juga pihak pentadbiran Felda.

row call

Gambar muster/roll call Felda Bukit Mendi

  1. Sistem Blok diperkenalkan di mana sebuah blok dianggotai sekitar 20-25 buah keluarga. Sistem blok ini melibatkan pengurusan ladang secara bersama dimana ahli blok ini mengusahakan tanaman mengikut blok masing-masing.
  2. Jika catatan awal saya menyatakan setiap peneroka terlibat dnegan pembahagian 10 ekar setiap seorang  bukanlah bermaksud 10 ekar sekaligus tetapi dibahagikan kepada 3 kawasan seperti agihan 3 ekar pertama, 4 ekar dan 3 ekar kedua ataupun mengikut geografi kawasan ladang seperti 5 ekar , 3 ekar dan 2 ekar. Kenapa berbeza?
  3. Ini kerana sesetengah kawasan tanaman kawasan sawit mempunyai bentuk muka bumi dan ciri tanah yang  yang berbeza. Maka tidak adil seorang peneroka mendapat satu kawasan yang landai semuanya tetapi seorang peneroka yang lain mendapat lot di bahagian yang bukit sepenuhnya.
  4. Maka sisitem blok yang diamalkan tidak akan berlaku adil kerana peneroka yang mendapat kawasan landai akan lebih mudah kerjanya dan hasil lebih tinggi manakala rakan peneroka yang lain kerjanya amat susah kerana kawasan berbukit dan hasilnya amat rendah.
  5. Anggaran hasil dibahagikan dengan cara purata ataupun mengikut bilangan purata berat tandan didarabkan dengan jumlah tandan yang dituai.
  6. Contohnya, jika berat hasil keseluruhan satu blok tersebut pada bulan berjumlah 10 metrik tan dengan jumlah tandan yang dipotong adalah 1000 tandan, ini bermaksud berat purata tandan adalah 10 kg. Jika harga setan buah tandan segar ketika itu adalah RM500 , harga nilai setandan adalah adalah RM 5 secara puratanya.
  7. Jika seorang peneroka menuai  100 tandan makan nilai upahnya adalah RM 500 secara kasar bagi bulan tersebut sebelum ditolak dengan apa-apa potongan.
  8. Harga berat purata setandan adalah berkisar rapat dengan harga semasa minyak sawit mentah ketika itu.
  9. Jika harga minyak sawit mentah ketika itu rendah, maka jika bagi anda yang sempat merasai keperitan ketika zaman harga meleset ini sekitar tahun 1985-1989 pasti akan terkenangkan zaman ini.
  10. Setiap blok ini akan diselia oleh Pegawai Felda blok masing-masing yang akan menetapkan ‘tarikh potong buah’ yang biasanya diberikan selama 3 hari sahaja bagi setiap ousingan tuaian.
  11. Pusingan tuaian adalah 15 hari bagi setiap bulan atau 2 pusingan potong buah setiap bulan.
  12. Setiap blok akan mempunyai seorang  ketua blok yang dipilih dikalangan ahli blok. Tugas ketua blok akan saya kongsikan dalam catatan yang lain.
  13. Ketika zaman awal pembukaan kawasan ladang ini setiap hari peneroka akan hadir di pejabat untuk tujuan Muster.
  14. Ketika ini bukan semua peneroka mempunyai kenderaan sendiri seperti motorsikal apatah lagi kereta.
  15. Mereka akan menaiki traktor yang dipandu oleh EN. Moktar untuk ke kawasan ladang masing-masing.
  16. Kerja awal adalah seperti meracun dan memotong anak kayu dan dibayar dengan upah harian.

Kisahnya yang lain mungkin anda boleh sambungkan pula di ruang ulasan… jom kongsi..

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>