FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda Kumai ..awal pembukaan siri 2

Saya menyambung sedikit catatan mengenai awal pembukaan Felda Kumai berdasarkan pengalaman saya. Ada di antara fakta di bawah ini yang telah saya kongsikan di siri yang pertama.

Felda Kumai View- blog10

Sebenarnya, saya menulis catatan ini awal bulan yang lalu secara berkala setiap kali teringatkan kisah lama di Felda Kumai. Saya percaya anda juga mempunyai kisah-kisah kecil yang mungkin juga boleh dikongsikan di ruangan ulasan kelak.

Mengenang kisah lama sebegini bukan tujuannya untuk balik ke zaman dahulu tetapi boleh juga menghitung diri dan memanjat syukur kepada.  

  1. Awal pembukaan Felda Kumai adalah sama seperti keadaan pembukaan felda yang seusianya berbanding dengan konsep penerokaan awal  Felda seperti  Felda Bukit Tembaga, Felda Lurah Bilut dan Felda Ayer Panas.
  2. Felda-felda ini mempunyai sejarah pembukaan yang berbeza seperti awalnya diusahakan oleh sekumpulan peneroka sebelum di ambil alih oleh Felda ataupun konsep pembukaan Felda Lurah Bilut yang mana Felda membawa sekumpulan peneroka untuk menerokai sendiri penempatan yang ditetapkan.
  3. Felda Kumai pula lebih kepada penerokaan hutan dilakukan sepenuhnya oleh Felda dan disediakan terlebih dahulu kemudahan penempatan asas sebelum calon peneroka di bawa masuk menetap di sini.
  4. Mungkin kerana itu, dinamakan sebagai Penempatan Tanah Rancangan kerana kawasan yang ditempatkan peneroka ini telah dibuka dan dirancang pola penempatan dan system masyarakatnya. 
  5. Setiap peneroka diberikan sebidang tapak rumah seluas seekar seorang dan kawasan kebun yang telah ditanam sekitar 10 ekar seorang untuk diusahakan secara bersama dalam system blok. Saya akan berkongsikan catatan mengenainya nanti.
  6. Kemudahan asas ketika itu adalah sebuah rumah secara individu yang diperbuat daripada kayu mempunyai satu ruang tamu, bilik tidur dan ruang dapur manakala sebuah tandas yang berasingan.
  7. Kemudahan asas yang lain agak kurang dengan tiada bekalan api dan air. Namun bukannya  satu masalah ketika itu kerana rata-rata peneroka adalah berasal dari kawasan kampung yang juga tiada kemudahanan yang sama.
  8. Yang datang kemudian adalah bekalan air yang dibekalkan melalui paip di tepi jalan selang beberapa buah rumah seperti di blok 13, saya masih ingat satu dihadapan rumah Arwah  Pak Sahak dan berselang kemudian di hadapan rumah Pak Cik Kadirin yang berselang 5 buah rumah untuk dikongsi. Maka setiap pagi petang dan maghrib, maka berduyunlah kami mengambil air untuk dibawa pulang ataupun bagi kami kanak-kanak lebih suka mandi di situ. Di waktu pagi, para ibu-ibu akan membasuh pakaian di situ. Namun bukan selalu juga kami mendapat bekalan air ini.
  9. Bagi yang rumahnya di kawasan landai dan sedikit rendah, maka akan menggali perigi sehampir mungkin dengan rumah.
  10. Yang rumahnya dibahagian tinggi, seperti kami di blok 12 hingga 19, maka sekadar mengimpikan sahaja menggali perigi ini.
  11. Pilihan yang lain adalah menggali perigi dikawasan paya berdekatan dan untuk membawa air pulang ke rumah, biasanya akan dikandar pulang oleh kaum bapa untuk tujuan makan dan minum manakala selebihnya untuk tujuan membasuh baju dan mandi, kami akan lebih rela melakukanya di situ sahaja.
  12. Ancaman binatang buas bukan sekada kisah dongeng. Kelibat binatang buas menceroboh kawasan rumah sering berlaku dan akan saya kongsikan selebihnya dibawah catatan Ancaman Binatang Buas…   

Anda boleh berkongsikan pengalaman anda di ruangan ulasan. Jangan malu dan segan.. kita-kita aje…

Related Posts with Thumbnails

One thought on “Felda Kumai ..awal pembukaan siri 2

  • che_yusz says:

    salam 1 kumai..terbaik la coretan akak..sy sebagai generasi ke-3 felda kumai berasa syukur sbb kg kita skg dah maju..sy pernah ingt masa kecik2 dulu kumai hanya ada jalan berturap batu merah dan masalah air yang xpnah selesai.tp xde ssah cm zaman akak lg la mencabar…syukur lah skg dah byk berubah..gambar2 yg akak letak mmg terbaikkk..kenangan utk tatapan generasi akan datang…mudahan2 anak felda kumai semua akan berusaha mengubah nasib keluarga dan menghargai jasa ibu bapa dalam mendidik kita menjadi org berguna dan berjaya …amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>