FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Majlis berbuka puasa dan ceramah sempena Nuzul Quran

Alhamdulillah.. Majlis berbuka puasa dan ceramah sempena Nuzul Quran anjuran bersama Jawatankuasa Masjid Felda Kumai dan Generasi Felda Kumai telah pun selamat di jalankan pada 27 Ogos yang lalu.

Kerja-kerja memasak telah diadakan pada belah pagi lagi oleh Ahli Jawatankuasa Masjid dan beberapa orang wakil belia Felda Kumai yang datang membantu. Antara juadah berbuka pada majlis tersebut ialah bubur lambuk, kari daging kambing, ayam goreng dan juga acar timun dan nenas. Kerja-kerja memasak selesai lebih kurang jam 6 petang.

Selepas solat asar pada hari tersebut, jemaah masjid telah dibekalkan dengan bubur lambuk untuk dibawa balik ke rumah. Alhamdulillah, semua bungkusan bubur lambuk habis diedarkan kepada orang ramai.

Majlis berbuka puasa di mulakan pada pukul 6.30 petang dengan bacaan tahlil oleh jemaah yang hadir. Lebih kurang 50 orang peneroka dan generasi Felda Kumai telah hadir di majlis berbuka puasa ini. Tetamu VIP pada majlis berbuka tersebut ialah ADUN Guai iaitu YB En. Norol Azali bin Sulaiman.

Selepas solat Isya’, ceramah sempena nuzul Quran telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Idris bin Idrus. Antara isi kandungan ceramah Ustaz Idris ialah al-quran seharusnya dijadikan panduan oleh semua umat islam kerana segala persoalan dan kemusykilan boleh dirujuk kepada al-quran. Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah selengkap-lengkap buku yang ada di dunia ini. Ustaz Idrus juga menerangkan adab-adab sebelum, semasa dan selepas membaca Al-Quran. Antaranya ialah pentingnya membaca Al-Quran dengan sebutan dan cara bacaan yang betul.

Majlis malam tersebut diteruskan dengan Solat Terawih dan Solat Witir.

Ucapan tahniah dan terima kasih buat Jawatankuasa masjid Felda Kumai dan Generasi Felda Kumai yang telah menjayakan majlis berbuka dan ceramah tersebut.

Related Posts with Thumbnails

, ,

One thought on “Majlis berbuka puasa dan ceramah sempena Nuzul Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>