FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Media ; Kisah Adik Iqram…

Kisah Adik Iqram mendapat tempat di beberapa laman akhbar.

Bermula dengan Sinar pada pertengahan tahun sebelum disiarkan di dalam Berta TV9 dan minggu lepas Harian Metro pula berkongsi kisahnya.

Manakala Berita Harian juga mengeluarkan kisah Adik Iqram ini dua hari lepas dengan tajuk, Daging Bola Golf Tumbuh di Badan:

Dan hari ini, Sin Chew Daily turut sama memuatkan kisahnya (Cuma saya tidak paham sepenuhnya walaupun menggunakan Google Translate;

dengan link di sini:http://news.sinchew.com.my/node/321487?tid=1 

Juga dikhabarkan, pada hari semalam juga, kisahnya disiarkan dalam TV9 , dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Harapan kami, pendedahan kisah penderitaan ini mendapat maklum balas pihak masyarakat.

Yang berat akan menjadi ringan jika tangan dihulurkan dan pastinya jika berat mata kita melihat adik kecil ini, percayalah mereka lebih berat menanggungnya.

Malah malang turut bertimpa melanda keluarga ini bilamana saya dimaklumkan bahawa Hashim (ayah kepada Adik Iqram) telah mendapat serangan jantung dan telah dimasukan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh minggu lepas. 

Dikhabarkan selama 4 hari beliua ditahan di ICU sebelum dibawa keluar ke wad biasa. Saya sempat berbual melalui talian telepon dengannya yang bersuara masih lemah.

Semoga sembuh Hashim dengan segera kerana anaknya memerlukan kekuatannya untuk mengharungi derita ini.

Jom bantu sebarkan maklumat kisah penderitaan mereka ini..

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>