FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peneroka

Hari ini agak istimewa, kerana saya telah menemui 3 keping gambar yang amat klasik bagi warga felda sumbangan Pak Abu dari laman Facebook Alumni Asrama Felda.

Gambar-gambar lama ini amat berharga dan saya kira antara yang terbaik saya temui setakat ini. Dan kisahnya akan saya cuba untuk coretkan di sini.

peneroka

Gambar Peneroka yang klasik ini dari Pak Abu , Facebook Alumni Asrama Felda

Peneroka Felda adalah terdiri daripada golongan bapa yang menjadi ketua keluarga. Merekalah yang bertanggungjawab kepada setiap keluarga. Merekalah yang pergi mendapatkan borang permohonan untuk memasuki felda. Merekalah yang menghadiri temuduga untuk masuk ke tanah rancangan ini, 

Saya teringatkan kisah yang disampaikan oleh ayah saya ketika berusia 12 tahun dan semasa itu kami pulang ke kampung halaman. Kebetulan ayah membawa kami ke beberapa buah rumah kawannya dan saya masih teringatkan di mana di salah sebuah ke rumah kawannya,  saya dapati kawannya agak malu-malu untuk bersembang lama dengan ayah.

Ketika berjalan pulang, saya bertanyakan kepada ayah kenapa kawannya agak malu-malu untuk bersembang panjang. Rupanya kisah 13 tahun yang lampau ketika memohon kemasukkan ke felda menjadi punca.

Ayah pernah mengajak rakan-rakannya untuk pergi momohon sendiri kemasukan ke Felda, namun mereka ingin mengambil langkah mudah dengan memohon melalui orang tengah. Sejumlah wang di bayar untuk tujuan ini dan mereka mendendangkan kisah bakal memasuki felda kepada rakan-rakan yang lain.

Akhirnya , mereka rupanya tertipu. Mungkin sebab itu mereka agak malu-malu untuk bersembang lama dengan ayah.

Bercerita mengenai kisah si peneroka ini, saya perlu akui, mereka adalah tunjang kekuatan kepada keluarga. Merekalah yang memacu segala usaha untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga masing-masing. Namun mereka bukan keseorangan. Pastinya si ibu juga merupakan tulang belakang kepada mereka ini.

Mereka mengerah keringat. Mereka berkerja keras tanpa berputus asa. Mereka cekal denga nujian dan dugaan. Mereka bukan sahaja menjadi ketua kepada keluarga tetapi juga kepada masyarakat..

Kalau hendak disimpulkan kisah mereka ini, bukan pendek catatanya. Saya percaya, jika rekod dari laman FELDA menunjukan 94,423 bilangan peneroka yang menjadi warga felda, jika setiap seorang peneroka mempunyai satu atau dua kisah mengenai kegigihan dan keberanian mereka, saya percaya kita tidak akan jemu membacanya sehingga habis.  

Apakata anda berikan ulasan mengenai kisah insan peneroka yang begitu rapat dengan anda… ayah… abah… baba dan apa juga panggilan anda kepada si peneroka hebat ini..

Ayuh ..kita kongsikan kisahnya di ruangan ulasan di bawah atau emailkan kisah anda kepada kami..  

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>