FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13: Anak Kumai masuk gelanggang

Dalam meneliti calon-calon PRU dari pelbagai parti politik, saya terlihat laman FB Zamili Abd Talib yang berkongsikan kisah mengenai abangnya yang kini merupakan calon PAS di kawasan Templer, Selangor.

Malah semalam, membaca BH terdapat gambar beliau bersama calon-calon yang lain sedang berarak ke pusat penamaan Calon dengan memakai Safety Helmet (pada pandangan saya).

Zaidi merupakan anak kepada Pak Cik Talib blok 20 kalau tak silap saya iaitu kalau ke sekolah kebangsaan Felda Kumai, anda akan melalui depan rumahnya ketika turun bukit.

Saya kurang pasti mengenai latar belakang beliau dan Insyallah akan saya usahakan untuk maklumat lebih lanjut. Ataupun, anda boleh menambahkan diruangan ulasan kelak.

Cuma dari FB beliau ada menyatakan beliau merupakan Yang Dipertua Pas Selayang.

Zaidy Talib

Selamat berjuang kepada Zaidi. Anda mempunyai keazaman dan iltizam untuk menjadi pimpinan yang boleh dicontohi dan membawa perubahan kepada golongan sasar anda.

Bagi pembaca bukan penyokong sealiran seperti Zaidi, saya percaya, anda akan berlapang hati menerimanya. Bagi penyokong beliaum saya rasa anda adalah yang paling berasa amat bangga.

Saya sebagai anak Felda Kumai turut menumpang rasa bangga di atas pemilihan beliau sebagai calon pilihanraya.

Untuk rekod saya tidak pasti adakah beliau adalah anak generasi Felda Kumai yang pertama bertanding dalam piliharaya atau telah terdapat yang lain sebelumnya.

Jika anda mempunyai maklumat mengenai perkara ini, kongsikan bersama kami.

Kepada Saudara Zaidi, feldakumai.com mengucapkan selamat berjaya…

Related Posts with Thumbnails

One thought on “PRU 13: Anak Kumai masuk gelanggang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>