FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13 : DUN GUAI

Piliharaya Umum (PRU) ke 13 akan berlangsung pada 5 May 2013 ini. Kerancakan berkempen telah pun bermula selepas penamaan calon selesai pada 20 April 2013.

FeldaKumai.com akan berkongsikan sedikit sebanyak maklumat aktiviti PRU dari masa ke semasa dan sebaiknya kami akan memberikan liputan dan peluang yang sama di antara mana-mana pihak.

Tujuan piliharaya jelas, sebagai kaedah demokrasi dalam pemilihan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri oleh penduduk setempat bagi mewakili suara mereka di gelanggang Dewan Rakyat dan juga Dewan Undangan Negeri.

Untuk catatan pertama, kami berkongsikan maklumat mengenai DUN GUAI yang merupakan kawasan pengundian bagi warga Felda Kumai.

DUN yang merupakan singkatan kepada Dewan Undangan Negeri. Felda Kumai terletak di dalam pentadbiran DUN GUAI yang dinamakan sebagai N37 . Negeri Pahang mempunyai sebanyak 41 buah kawasan DUN yang akan turut mengharungi saingan di musim Piliharaya Umum ke 13 ini.

DUN GUAI merangkumi kawasan-kawasan penempatan seperti Batu Bor, Bohor Baharu, Bukit Rok, Charok Puting , Durian Tawar ,Felda Bukit Kepayang, Felda Kumai , Felda Mayam , Felda Purun , Kuala Bera , Kuala Triang , Mengkarak , Padang Luas, Senyum dan Jempol.

Pengundi di DUN Guai

Feldakumai.com sedang mengusahakan untuk mendapatkan graf pecahan pengundi mengikut kaum di kawasan DUN GUAI ini.

Melihat kepada maklumat taburan pengundi mengikut usia, golongan 21-30 tahun mendominasi pecahan pengundi diikuti dengan golongan pengundi berusia 31-40 tahun.

Kedua-dua golongan pengundi ini merupakan anak tempatan dan dipercayai berada diluar kawasan pengundian DUN ini.

Pastinya menjelang hari pengundiaan, mereka akan pulang ke kampung halaman masing- masing untuk mengundi dan memilih wakil Ahli Dewan Undangan Rakyat masing-masing.

Selamat Mengundi…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>