FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13 : Keputusan DUN GUAI N37

Pilihanraya Umum ke 13 telah berlalu pada 5 Mei yang lalu. Keputusannya juga telah diterima hasil daripada pengundian pengundi-pengundi yang layak.

Felda Kumai seperti yang sedia maklum, juga menempatkan Pusat Pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaaan LKTP Kumai. 5 Saluran yang dibuka untuk pengundi-pengundi yang beralamat di sini. Cuma saya kurang pasti berapakah jumlah pengundi berdaftar di pusat mengundi ini. Jika anda mempunyai maklumat, sila kongsikan bersama kami.

Saya akan berkongsikan mengenai suasana hari mengundi dalam satu catatan khas dan pastinya gambar-gambar sepanjang hari mengundi akan dikongsikan kelak.

Apapun catatan ini adalah khusus kepada keputusan bagi Dun N37 Guai.

Pemenangnya telah dimuktamadkan masih mengekalkan penyandang dua penggal terdahulu setelah mendapat undian daripada pengundi berdaftar.

Mrkumai tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai pola pengundiaan ataupun sebarang analisis mengenai keputusan DUN ini sebaliknya ingin berkongsikan keputusan penuh dari sumber laman spr.gov.my .

Dun Guai

Tahniah kepada calon yang dipilih untuk mewakili suara majoriti bagi DUN Guai ini.

Di bahu anda terletak amanah dan tanggungjawab yang telah diserahkan oleh pengundi dan mrkumai mengucapkan selamat berjaya dan beramanah dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Sebolehnya, tidak memilih kasih dan telus serta adil kepada warganya….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>