FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13: Parlimen Bera

Selepas mengundi untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri , ADUN bagi DUN N37 GUAI, kita akan memilih pula untuk mengundi Ahli Parlimen yang akan mewakili kita di Dewan Rakyat di bawah P.090 Bera.

Parlimen Bera mewakili tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN GUAI, DUN TRIANG dan DUN KEMAYAN.

Ketiga-tiga DUN ini akan bernaung dibawah Kawasan Parlimen Bera.

Sejarah piliharaya yang lalu menunjukan, kawasan Parlimen Bera ini diwakili oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi terdapat beberapa kali perubahan Ahli Dewan Undangan Negeri seperti DUN Guai yang pernah menyaksikan Parti Pas memenanginya pada tahun PRU 11.

Bagi kawasan DUN Triang, wakil DAP, Leong Ngah Ngah telah memenangi kawasan ini selama 4 penggal berturut-turut dan pada tahun PRU 13 ini, beliau telah memilih DUN Tanah Rata sebagai calon DAP.

Parlimen BERA mempunyai seramai 50,997 pengundi berdaftar dari pelbagai pecahan kaum. feldakumai.com masih mengusahakan untuk mendapatkan pecahan kaum terkini untuk dikongsikan bersama.

Parlimen Bera

Ternyata golongan pengundi berusai 31-40 an merupakan golongan terbesar usia pengundi di kawasan parlimen ini.

Pastinya suasana ketika di hari pengundian akan meriah dengan kepulangan warganya untuk mengundi.

Selamat mengundi.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>