FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

PRU 13: Suasana Mengundi @ Felda Kumai … 3

Catatan ketiga kali ini mungkin sekadar berkongsi sedikit pengalaman lama mengenai suasana piliharaya di Felda Kumai. Sambil-sambil itu, saya akan selitkan beberapa tambahan gambar semasa PRU 13 yang baru-baru ini. Jadi kalau anda rasa cerita tak ada kena mengena dengan gambar, cuma pedulikan sahaja.

PRU 13 @ Kumai 12

 Saya sebenarnya tidaklah dapat mengingati sangat pengalaman lama kerana ketika zaman kanak-kanak, kurang berminat sangat. Malah ketika remaja juga masih kurang berminat kerana ketika itu tsunami politik tidak melanda gerenasi muda berbanding ketika ini. Orang-orang tua juga selalu menegah kalau kami terlalu berminat dengan PRU dengan mengatakan urusan orang tua-tua.

Cuma saya masih ingat, jika berlangsungnya pilihanraya, suasana di felda ketika itu akan meriah. Dominasinya pasti kepada Barisan Nasional kerana sentimen ketika itu masih kuat dan kecenderungan golongan peneroka kepada BN.

Persempadanan DUN;

Saya kurang pasti di Felda Kumai sebelum persempadanan semula. Jika tidak saya, sebelum persempadanan semula ini, Felda Kumai berada di bawah DUN BERA yang meliputi kawasan Felda. Hanya selepas itu, Dun Guai terbentuk dengan melibatkan kawasan Felda di Bera dan kawasan perkampungan tradisonal sekitarnya.

PRU 13 @ Kumai 15

Kawasan Parlimen ketika itu kalau tidak silap saya dibawah Parlimen Temerloh sebelum wujudnya Parlimen Bera.

Kawan dan lawan:

Cuma yang masih saya ingat adalah sekitar tahun 1990 an, di mana PRU ketika itu mula menjadi sengit bilamana terbentuknya Semangat 46 selepas pengharaman parti UMNO.

PRU 131

Semangat 46 bergabung dengan PAS dibawah Angakatan Perpaduan Ummah yang menjadikan pilihan kedua untuk orang Melayu berpayung.

Suasana kempen terasa hangat kerana Semangat 46 ketika ini adalah serpihan ahli UMNO.

PRU 13 @ Kumai 14

Berkempen bertambah meriah dan saya ingat lagi ketika ceramah kempen yang dibuat di kawasan perniagaan sebelah dengan bengkel motor wak. Ceramah masih menggunakan PA system bercerobong besar.

Malah sebelum berceramah, diwaktu petang akan berkelilingan kereta dengan pembesar suara menjemput ke tapak ceramah.

Perang Poster:

Perang poster memang jelas berlangsung. Namun ketika itu material poster adalah kertas poster yang digam dan di staple dengan tali sebelum di tarik dan direntangkan tali.

Masih memakai buluh malah ketika itu tiada belon besar dan sebagainya.

PRU 132

Jika anda perasan, di PRU yang lalu kita akan dapat melihat kereta yang membawa bendera kecil di hadapan dan dibelakang bahagian cermin yang boleh dilekatkan. Namun di PRU yang baharu ini, saya tidak dapat melihat bendera parti yang kecil itu dipasang.

Kereta Khas:

Dahulu, bukanlah semewah sekarang. Setiap rumah hanya mempunyai sekitar sebuah motor sahaja. Jadi ketika hari mengundi setiap parti yang bertanding akan menyediakan beberapa unit kereta untuk mengangkut undi. Bapa saya juga antara yang terlibat. Mereka akan diupah untuk melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan untuk mengangkut pengundi ke pusat mengundi.

PRU 13 @ Kumai 17

Dahulu kalau hari mengundi, anda boleh melihat bagaimana si ibu akan berjalan kaki beramai-ramai dengan anak kecil masing untuk ke sekolah. Mereka akan berjalan di bawah panas terik matahari dan akan berhujan jika turunnya hujan.

Manakala kanak-kanak seperti pergi ke pesta kerana jarang-jarang diadakan.

PRU yang baharu ini saya lihat semuanya berkenderaan sendiri malah anak-anak muda melaram dengan kenderaan masing-masing. Manakala bagi yang sakit dan uzur, terdapat lagi kereta peraih undi yang akan menjemput di rumah jika tiada kenderaan anak-anak.

Pondok Panas:

Pondok panas adalah pondok perayu undi yang dibina oleh parti yang bertanding berdekatan dengan pintu pagar pusat mengundi.

Tujuan asalnya untuk merayu undi di saat terakhir dan juga membuat semakan pengundi. Maka sebelum ini pelbagai ragam dapat dilihat di sini yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.

 

Kadangkala  berselang hanya 50 meter dan selalunya suasananya agak tegang setiap kali pengundi tiba dengan pujukan terakhir untuk mereka merayu undi.

PRU 13 @ Kumai 18

Kini pondok panas telah dimansuhkan dan kawasan 100 meter dari pintu mengundi adalah kawasan larangan berkumpul.

Di PRU yang lalu, di Kumai suasananya agak berbeza di mana tiada pondok panas tetapi perayu Undi masih bebas berada di sekitar. Cuma kali ini mereka bukannya merayu undi tetapi membantu pengundi-pengundi yang sakit dan uzur untuk mengundi.

PRU 13 @ Kumai 16

Mungkin ini sahaja yang saya ingat ketika ini. Insyaallah kalau bertambah ingatan saya, akan dimuatnaikan .

Anda juga berpeluang untuk menambah cerita dan kenangan lalu diruangan ulasan.

PRU 13 @ Kumai 21

Jom kenang-kenang kan kembali…

Cuma yang bertambah seronok ketika PRU adalah dapat bertemu semula rakan-rakan lama. Saya sendiri dapat bertemu beberapa orang rakan yang melebihi 10 tahun lamanya berpisah.

PRU 13Jom kongsikan pula kisah anda…

Related Posts with Thumbnails

One thought on “PRU 13: Suasana Mengundi @ Felda Kumai … 3

  • HishamMano says:

    Tessa It’s not the snow, it’s the recession. No IT spend for now thnkas, so they all stay away. I get that no-one wants to talk to a salesman now, but they should have attended talks like yours how else are they going to come out the other side with a viable practice?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>