FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Warga Kumai dan Facebook

Apabila saya meninggalkan Felda Kumai untuk menyambung pengajian saya ke sekolah berasrama pada tahun 1991 (wow, hampir 20 tahun lalu), saya mula kehilangan kawan seorang demi seorang. Sama ada kawan yang sebaya dengan saya atau pun kawan sepermainan semasa alam kanak2 di Felda Kumai.

Kalau semasa belajar saya selalu balik ke kampung dan berpeluang bermain bola dengan team Felda Kumai, rewang di rumah kenduri dan menyertai beberapa aktiviti yang di adakan oleh belia Kumai. Tetapi apabila saya memasuki alam pekerjaan, semua itu mula terbatas, balik ke Felda Kumai hanya sekali sekala. Kalau balik pun hanya untuk berehat di rumah bersama keluarga sahaja.Perhungan dengan kawan-kawan di Kumai mula terbatas.

Disebabkan hal yang sedemikian saya mula kehilangan ramai kawan-kawan dan saya percaya ramai yang bernasib sama dengan saya. Apatah lagi, apabila kita sudah berkahwin, makin jaranglah kita balik ke Felda Kumai tempat permainan kita ni. Ada diantara kita yang sudah mula kehilangan kawan2 kerana faktor2 ini. Ada yang tidak pernah berjumpa rakan sejak mula bekerja dan lebih teruk lagi ada yang tidak pernah bertemu dengan rakan sejak meninggalkan sekolah rendah lagi.

Apabila saya mengenali satu laman web sosial iaitu Friendster dalam tahun 2006 kalau tak silap saya, saya mula mencari rakan-rakan sebaya dengan saya. Dari situ kami dapat bertukar-tukar informasi, bertukar cerita, dan dapat mengeratkan semula hubungan yang telah renggang sejak meninggalkan bangku sekolah lagi.

Pada tahun 2008 saya mula berjinak-jinak dengan Facebook setelah melihat salah satu iklan di tv, tetapi tidak seaktif saya dengan friendster. Dan apabila di ajak untuk aktif di Facebook oleh saudara Razal, saya mula mencari rakan-rakan lama saya. Semakin hari semakin ramai yang memiliki akaun Facebook. Tidak hairanlah hari ini Facebook berada di rangking kedua dalam list website paling ramai pelawat hasil tinjaun Alexa. Facebook berada di tangga kedua dibelakang Googles. Dan saya percaya suatu hari nanti Facebook bakal mengatasi Google.

Semakin hari semakin ramai yang telah menjadi rakan saya di Facebook. Sehingga artikle ini ditulis saya sudah memiliki 495 rakan di Facebook. Rakan-rakan saya terdiri daripada rakan seFelda, rakan semasa belajar di Sekolah Menengah, Universiti dan rakan sekerja.

Reunion Raya Kumai 79 tahun 2009

Facebook mula mendekatkan kembali saya dengan warga Felda Kumai. Ada yang saya tidak berjumpa sejak saya mula bersekolah asrama lagi. Teringat salah satu post seorang rakan saya di dalam Group Kumai 79 , “Awak ni generasi 79 ye? bertanya kepada salah seorang rakan di Kumai 79. Inilah nasib jika kita tidak pernah bertemu dengan rakan -rakan sebaya dalam tempoh yang agak lama. Muka dah berubah. Dulu berhingus, sekarang bila tengok gambar, pergh hansom yang perempuan cun plak tu dengan make-up tebal di muka. Mana nak kenal ye.

Semakin hari semakin ramai kawan di Facebook. Bukan sekadar kawan sebaya, kawan sekampung mula di kenali. Ada juga adik2 yang kita tak kenal tetapi request untuk jadi friends. Inilah Facebook. Ia mendekatkan kita dengan rakan2 kita dan rakan2 seFelda. Kalau di Felda Kumai ada yang kita tak pernah pun borak dengan kawan2 yang junior, tetapi di Facebook kita mula mengenali rakan-rakan dari pelbagai usia.

Yang jauh semakin dekat. Yang duduk oversea rasa macam duduk sebelah rumah je. Segala aktiviti rakan kita dapat kita ketahui.

Friendly dengan Team Kumai hasil diskusi di Facebook

Warga Felda Kumai semakin ramai yang mempunyai akaun Facebook. Tidak kiralah yang bekerja di luar Felda Kumai ataupun yang bekerja di dalam Felda sendiri. Terima kasih kepada kerajaan kita yang begitu prihatin dalam meningkatkan sistem internet di negara kita. Felda Kumai tidak ketinggalan lagi dari dunia yang tidak bersempadan ini.

Tahniah buat Warga Kumai semua. Jumpa lagi. Kalau nak kenal saya add saya di Facebook di sini.

Related Posts with Thumbnails

, ,

4 thoughts on “Warga Kumai dan Facebook

  • e_bab says:

    sempena raye cine ni,jom kte memeriah kn kg halaman kite…let’s go……!!!

  • ewok says:

    ak pon dh lme xblik kumai..tp ati sntiase rindu..ye la kn dr kcik smpai beso kt sne..skang dh alam dewase rse sayu dhati…ble la dpat blik kumai

  • Fariz Kamis says:

    Adib.. kem salam kat parent ye.. rajin2 jenguk la Kumai

  • nur adibah harith says:

    teringat zaman duk kumai dlu2…
    umah dh la dkt ngan air terjun..
    ble2 leh g…
    tp,skrg dh duk johor…
    rase rndu kt kwn2 kumai…
    nk g kumai lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>