FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Sinar Harian : Empat tahun menunggu Astaka dibaiki…

Memetik dan memanjangkan liputan akhbar Sinar Harian mengenai kerosakan Astaka Padang Awam Felda Kumai yang masih belum dibaiki.

Fullscreen capture 200213 151529.bmp

klik SINI untuk berita penuh.

FELDA KUMAI – Penduduk di sini, merayu pengurusan Felda membaik pulih astaka di padang awam berkenaan secepat mungkin.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lantai dan siling bumbung astaka berkenaan pecah hingga menyebabkan bekalan elektrik dekat sini terpaksa dihentikan demi keselamatan penduduk.

Setiausaha Umno Cawangan, Basri Husin berkata, permintaan penduduk sejak empat tahun lalu supaya astaka berkenaan dibaiki didakwa tidak diendahkan sehingga keadaannya menjadi bertambah kritikal.

Menurutnya, selain membawa perkara ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), penduduk turut menyuarakan hasrat memiliki astaka baru kepada wakil rakyat.

“Sudah banyak kali perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

“Kita juga memohon bantuan wakil rakyat supaya mempercepatkan proses peruntukan tetapi ternyata usaha itu juga tidak berkesan apabila pengurusan Felda seolah-olah tidak mempedulikan sokongan wakil rakyat terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, difahamkan, penduduk mengambil kata sepakat untuk membawa perkara tersebut kepada umum supaya mendapat perhatian serius daripada pihak terbabit.

Sementara itu, Sukarelawan Gabungan Warisan Generasi Felda (GWGF), Ismayudin Suid, 47, berkata, setiap kali aktiviti diadakan di padang awam terbabit, mereka terpaksa menggunakan bekalan elektrik dari pondok Rela berhampiran.

“Padang awam ini sentiasa bersih dan dijaga baik tetapi keadaan astaka sangat menyedihkan.

“Kami cuma bimbang kalau bumbung jatuh dan menghempap penduduk terutamanya kanak-kanak, sudah pasti keadaan itu akan lebih menyedihkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menganggap kemungkinan pengurusan Felda sukar mendapat peruntukan baik pulih disebabkan program peringkat daerah, negeri atau kebangsaan tidak perlu dijalankan di astaka berkenaan.

 

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>