FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

LOKASI

Lokasi:

Ingin ke Felda Kumai, pilihan laluan anda.

Felda Kumai merupakan salah satu Felda yang terdapat di dalam Gugusan Bera selain dari Purun, Mayam, Kepayang, Rentam, Tementi, Sebertak dan Triang 3. Gugusan ini ditabir oleh Wilayah Mempaga dalam sistem pentadbiran Wilayah Felda.

Felda Kumai terletak di dalam Daerah Bera,iaitu daerah kesembilan dan terbaru  bagi Negeri Pahang. Sebelum ini, Felda Kumai beralamatkan Triang sebagai rujukan daerah berbanding sekarang menggunakan Daerah Bera.

Dengan perjalanan satu jam 32 minit daripada Bandar Temerloh, Pahang atau 28.4 km jarak perjalanan dari Bandar Triang. Bersempadan dengan Felda Mayam di sebelah Timur  dan Felda Rentam di sebelah selatan serta bersempanan dengan Hutan Simpanan Chini di sebelah Tenggara.

Felda Kumai boleh dikunjungi melalui berapa jalan darat samada dari Kuala Lumpur, Kuantan mahupun dari Melaka atau Negeri Sembilan.
  • Jarak dari Kuala Lumpur  melalui Jalan Duta – Lebuh Raya Karak – Jalan Utama Bera sejauh 187 km, 3 jam 13 minit.
  • Seremban Kuala Piliah- Triang- Felda Kumai 151 km , 2 jam 45 minit
  • Kuantan ke Temerloh ke Felda Kumai , 197 km, 3 jam 19 minit
  • Kuantan – Muadzam- Bera , 193 , 1 jam 8 minit
  • Felda Kumai – Felda Mayam , 8.3 km, 11 minit
  • Felda Kumai- Felda Rentam ,7.7 km , 10- minit
  • Felda Kumai- Tasik Bera, 29.6 km, 34 minit
  • Felda Kumai- Simpang Bera, 28.4 , 33 minit
  • Felda Kumai – Temerloh , 57.9 km, 1 jam 32 minit

Terdapat jalan pintasan melalui Chenor iaitu melalui jambatan baru Chenor ke Seberang Chenor dan memasuki jalan ladang kelapa sawit ke Felda Purun. Anda akan melalui perkampungan tradisional Pahang di sekitar Chenor.

Ikuti catatan Felda Kumai (klik) untuk catatan lengkap lokasi Felda Kumai sebagai panduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>