FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

SEJARAH

Awal Pembukaan:

Felda Kumai dibuka pada tahun 1974 dengan penerokaan hutan dan ladang serta mula menerima  penempatan peneroka pada penghujung 1979 dan awal 1980 dengan pengambilan peneroka dari seluruh negara.

Terdapat peneroka yang berasal dari Perlis hinggalah ke Johor malah turut melibatkan Terengganu dan juga Kelantan dan menjadikan ianya unik dengan percampuran adat tradisi bangsa melayu berbilang negeri. Tiada pengambilan peneroka berbangsa Cina dan India tetapi Felda Kumai melibatkan penempatan 6 buah keluarga Orang Asli.

gambar lama kumai

Rumah Pak Cik Razak , di blok 16

Berkisar dengan 3 peringkat pengambilan peneroka iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga secara berperingkat sehinggalah berjumlah 530 keluarga secara keseluruhannya. Malah terdapat blok Bakal Calon Peneroka atau dikenali sebagai BCP sebelum diserapkan sepenuhnya sebagai peneroka Felda Kumai.

Seawal penempatan peneroka, setiap peneroka akan diserahkan kebun yang telah ditanam dengan kelapa sawit seluas 10 ekar atau 40,000 meter persegi dan 0.25 ekar atau 1,000 meter persegi untuk kediaman dan kemudahan pembangunan dan nilainya dibayar secara ansuran oleh Peneroka selama 15 tahun.

Pada tahun 2004, peneroka Felda Kumai telah menerima penyerahan geran ladang dan tapak rumah secara individu daripada Kerajaan Negeri Pahang.

felda kumai map

Susun atur penempatan di Felda Kumai

Ketiadaan bekalan air terawat sehingga pertengahan 1980 an bukan semata-mata cabaran tunggal di sini.

Bagi anak-anak generasi ke 2 yang sempat merasai tahun-tahun awal semasa pembukaan (bagi berumur 34 tahun keatas ) pasti akan dapat berkongsi bagaimana keperitan kehidupan awal di Felda Kumai.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, ikuti catatan penuh di “Felda Kumai di Awal Pembukaan” … Klik  dan juga catatan “Felda Kumai di Awal Pembukaan siri 2″ … Klik 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>