FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

2,200 generasi baru Felda penagih dadah

Masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda tidak sebegitu serius seperti yang diuar-uarkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

NONEMenurut beliau hanya 2,200 daripada keseluruhan 1.6 juta orang generasi baru Felda dikesan mempunyai masalah tersebut, menjadikan hanya 0.001 peratus yang bermasalah.

Katanya lagi, bagi memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, kerajaan membelanjakan RM210 juta dari 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda.

Beliau berkata seramai 33,017 warga Felda mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang.

“Kerajaan memberi komitmen supaya program ini diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM50 juta setiap tahun. Jadi kita ingin menyeru agar anak-anak peneroka menggunakan program kemahiran ini dengan baik,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Belia Felda Malaysia sempena Karnival Ikatan Hati Warga Felda 2010 di Putrajaya, hari ini.

NONEAhmad berkata, inisiatif pemberian bantuan dalam bentuk geran itu bagi memastikan supaya anak-anak peneroka dapat berdikari untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Jika dulu kita bagi ikan, maka ikan itu akan habis dimakan, tetapi kita ajar mengail ikan Insya-Allah mereka boleh makan ikan seumur hidup,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga akan meneroka bidang kemahiran lain yang berprofil tinggi untuk diceburi, seperti kursus membaiki kapal terbang atau kapal laut serta bidang minyak dan gas.

felda farm products 130207Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad mencadangkan tujuh formula dinamik bagi belia FELDA mengharungi abad ke-21, iaitu berilmu dan berkemahiran, bertaqwa dan berintegriti, berdaya saing dan berprestasi tinggi, berkepimpinan dan bijaksana, berkomunikasi dan berinovasi, beriadah untuk sihat dan ceria serta terlibat dalam perniagaan dan mempunyai rangkaian.

“Kita nak semua generasi baru FELDA terbabit dalam bidang perniagaan kerana hanya dengan berniaga kita boleh menguasai ekonomi,” katanya.

- Bernama

Related Posts with Thumbnails

, , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>