FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

7,542 peneroka mahu usaha kebun sendiri

KUANTAN – Seramai 7,542 peneroka di negeri ini mengambil keputusan untuk menguruskan sendiri kebun mereka membabitkan kawasan seluas 33,097.71 hektar setelah Felda mengurniakan geran tanah kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak berkata, sehingga kini seramai 76,203 peneroka di seluruh negara menyertai program tanaman semula bersama Felda manakala 13,147 peneroka lagi mahu menguruskan sendiri kebun.

Menurutnya, sememangnya terdapat kecenderungan peneroka mengambil alih kebun ketika harga memuncak dan pelbagai alasan lain.

“Peneroka mengambil alih kebun selepas tanaman berhasil tetapi tidak ada peneroka mengambil alih sebelum tanaman mereka mengeluarkan hasil,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Wan Salman Wan Ismail (BN – Jengka) pada Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12, semalam.

Tan Mohd Aminuddin berkata, Felda sudah pun mengambil langkah membuka dan menyediakan paysheet individu untuk peneroka yang menguruskan kebun secara sendiri supaya peneroka boleh menghantar hasil ke kilang Felda.

“Dengan cara itu, segala potongan wajib dapat dikutip ke atas peneroka berkenaan seperti jalan pertanian, insurans ladang, pinjaman kos tanam semula dan hutang piutang.

SUMBER: SINAR HARIAN

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>