FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Anak peneroka mampu raih kejayaan cemerlang

MARAN 17 Nov. – Pencapaian 15 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsan (SK) LKTP Jengka 18 di sini memperoleh 5A membuktikan anak-anak peneroka mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.

Guru Besar SK LKTP Jengka 18, Asiah Mustaffa berkata, kejayaan calon terbabit akan menjadi penanda aras terhadap prestasi akademik sekolah tersebut pada masa akan datang.

Katanya, kejayaan mereka memberi momentum baru kepada warga sekolah yang amat gembira dengan keputusan yang dicipta oleh murid-murid terbabit.

”Segala penat lelah guru yang komited siang dan malam mengadakan kelas tambahan bagi meningkatkan prestasi calon hilang selepas mencipta kejayaan ini.

”Kemampuan calon memecahkan rekod sekolah bukannya datang bergolek sebaliknya hasil pengorbanan murid-murid yang belajar dengan tekun dan tidak jemu mengikut kelas tambahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Asiah berkata, beliau difahamkan dengan pencapaian murid-muridnya itu, SK LKTP Jengka 18 diiktiraf terbaik bagi sekolah-sekolah dalam kelompok Zon Chenor di sini.

Menurut beliau, semua sekolah dalam zon itu sebelum ini saling bekerjasama dalam bidang akademik dan kokurikulum bagi mencipta kejayaan dalam peperiksaan itu.

”Faktor kejayaan ini ialah kegigihan guru yang ikhlas melaksanakan program yang dirancang secara bersepadu dan berfokus selain semangat tinggi murid-murid.

”Peranan ibu bapa juga tidak boleh dinafikan begitu sahaja apabila mereka sentiasa menyokong pihak sekolah melaksanakan program kecemerlangan walaupun pada waktu malam dan hujung minggu,” katanya.

Asiah menegaskan, pihak sekolah berazam untuk mengekalkan prestasi UPSR dengan merangka pelbagai program supaya bilangan yang memperolehi 5A meningkat.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK (LKTP) Jengka 18, Zawiah Ramli berkata, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut yang sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah turut membantu kejayaan berkenaan.

”PIBG sentiasa bermurah hati menghulurkan bantuan moral dan kewangan dalam sesuatu program yang diatur,” jelasnya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

,

3 thoughts on “Anak peneroka mampu raih kejayaan cemerlang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>