FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Bahagi tanah Felda rugikan generasi baru peneroka

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Janji pakatan pembangkang untuk membahagikan tanah Felda Plantations kepada anak peneroka seperti yang terkandung dalam ‘Pelan 100 Hari’ hanya akan merugikan generasi baru peneroka itu sendiri.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, langkah itu hanya akan menyebabkan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan berkenaan akan mendapat sebahagian kecil sahaja daripada tanah tersebut.

Menurutnya, janji itu hanya untuk menunjukkan dasar parti tersebut yang mahu terus menjadi popular bagi menarik perhatian pengundi khasnya generasi muda Felda.

‘‘Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pelaksanaan dasar popular tidak akan menyelesaikan sesuatu masalah sedangkan ia semata-mata untuk meraih undi rakyat.

‘‘Ia mustahil dilaksanakan kerana jumlah peneroka yang cukup ramai akan mengakibatkan seorang daripada generasi kedua dan ketiga akan mendapat sebilangan kecil kawasan tanah.

‘‘Saya harap peneroka boleh menilai sendiri janji itu yang hanya berkepentingan politik dan mereka tidak sesekali termakan hasutan pihak pembangkang demi masa depan generasi baru Felda,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Pelan 100 Hari pakatan pembangkang untuk membahagikan tanah Felda Plantations kepada anak peneroka sekiranya mereka dapat memerintah negara ini.

Mohd. Isa pada masa yang sama turut mempertikaikan tindakan pembangkang untuk membangkitkan isu membahagikan tanah Felda pada masa sekarang.

Sedangkan, katanya, ada di kalangan pemimpin pembangkang pernah berada pada kedudukan tertinggi dalam kerajaan Malaysia sebelum ini.

‘‘Kenapa tidak dilaksanakan sahaja rancangan membahagikan tanah Felda Plantations ketika mereka berkuasa. Mengapa baru sekarang sedangkan Felda Plantations telah lama ditubuhkan.

‘‘Ini menunjukkan pembangkang hanya berjanji kosong semata-mata untuk meraih undi terutamanya generasi baru Felda,’’ ujarnya.

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>