FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Belia Felda Kumai menang belia Cemerlang Felda?

Pergh.. Bila la nak tengok tajuk tu kat akhbar-akhbar tempatan? Harapan agar Felda Kumai bangkit mencontohi paling tidak pun seperti jiran yang hampir Belia Felda Sebertak.

Daripada Berita Harian.

Terkis Jengka 22 pemenang Persatuan Belia Cemerlang FELDA

PUTRAJAYA: Persatuan Belia Terkis Jengka 22, Pahang muncul sebagai pemenang Persatuan Belia Cemerlang FELDA pada Anugerah Belia FELDA Malaysia (ABFM) di sini, semalam.

Kejayaan itu membolehkan persatuan berkenaan membawa pulang wang tunai RM10,000, bantuan aktiviti RM6,000, Piala Perdana, piala iringan, sijil penghargaan dan dua pakej Program Lawatan Sambil Belajar.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) 2010 di sini. Pelbagai kategori untuk belia FELDA generasi kedua dan ketiga disediakan pada ABFM itu sebagai pendorong untuk berusaha lebih gigih.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.

Tempat kedua menjadi milik Persatuan Belia FELDA Sebertak, Pahang yang membawa pulang wang tunai RM5,000; bantuan aktiviti RM4,000; piala iringan; sijil penghargaan dan pakej Program Lawatan Sambil Belajar.

Persatuan Belia FELDA Lepar Hilir 3, Pahang pula meraih tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM3,000; bantuan aktiviti RM2,000; piala iringan; sijil penghargaan dan pakej Program Lawatan Sambil Belajar.
Anugerah Kepimpinan Terbilang Belia FELDA Malaysia yang menawarkan hadiah wang tunai RM4,000; piala iringan dan sijil penghargaan menjadi milik Datuk Mohd Azizan Che Omar dari FELDA Sebertak, Mempaga, Pahang manakala kategori sama bagi beliawanis dimenangi Noor Zalila Ahmad dari FELDA Jengka, Pahang.

Anugerah Usahawan Jaya Belia Tani ABFM menjadi milik Emy Azli Sungit dari FELDA Kota Gelanggi, Pahang manakala Anugerah Usahawan Jaya Belia Industri ABFM pula dimenangi M Werda Bustaman dari FELDA Jengka 7, Pahang.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Ab Rahim Md Noor (FELDA Ayer Hitam, Johor) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim River (FELDA Sungai Behrang, Perak) masing-masing menerima Anugerah Tokoh Generasi Baru FELDA ABFM.

Related Posts with Thumbnails

, , , , , , , , ,

2 thoughts on “Belia Felda Kumai menang belia Cemerlang Felda?

  • orang lama says:

    Belia kumai boleh jadi juara belia malaysia sekiranya orang tua disana memberi sokongan.Jaukan dari perangai mengadudomba dan pentingkan diri sendiri.Orang-orang yang pandai agama beri mereka petunjuk jalan yang benar bukan membawa mereka ke jalan yang sesat.Kalau pergi haji dan umrah banyak kali pun kalau ada sikap sombong, serupalah macam perangai orang yahudi yang Allah murkai hidup mereka sepanjang zaman.

  • kumai99 says:

    Macamana la kita nak jd cam diorang..kalau semua belia tak bersatu hati, jatuh menjatuhkan, phd sana sini…kita xde seseorg yg boleh dinamakan pemimpin…selagi ada yg dok jaga kepentingan sendiri dalam persatuan, selagi tulah kita takkan kemana-mana….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>