FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Belia perlu lebih proaktif

BENTONG – Golongan belia disarankan untuk mengambil langkah proaktif mengkomersialkan produk tempatan menggunakan pengetahuan dan kemahiran dimiliki supaya ia mampu dipasarkan hingga ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong, Ahmad Nil Hakim Abdul Rahim berkata, keupayaan belia semakin baik dan berbeza daripada generasi sebelum ini kerana mereka terdedah kepada kemajuan teknologi yang dapat diguna pakai untuk menjayakan sesuatu produk.

Menurutnya, pelbagai produk tempatan boleh diketengahkan seperti makanan, minuman atau hasil kraf tangan yang mempunyai pasaran tersendiri sekiranya dijalankan dengan baik.

“Kita tidak mahu produk tempatan dipandang sepi oleh masyarakat dan hilang begitu sahaja kerana ia mempunyai nilai tradisi yang tiada tolok bandingnya.

“Golongan belia merupakan bertanggungjawab untuk mengetengahkan produk tempatan hingga ke peringkat lebih tinggi kerana mereka mempunyai keupayaan tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Gerak Belia Bestari Daerah Bentong bertempat di Rumah Rehat Bentong, dekat sini.

Ahmad Nil Hakim berkata, kebanyakan belia pada masa kini mempunyai pendidikan formal dalam akademik dan kemahiran di mana ia dapat dimanfaatkan untuk menjadikan sesuatu produk itu lebih menarik, tahan lama dan berdaya saing.

Menurutnya, selain ilmu dan kemahiran dimiliki, mereka juga berpeluang untuk pergi lebih jauh kerana banyak agensi atau jabatan yang dapat membantu memberi khidmat nasihat dan peluang memasarkan produk dihasilkan.

“Apa yang diperlukan ialah kesungguhan dan keinginan belia itu sendiri untuk memastikan produk tempatan terus mendapat tempat di hati masyarakat.

“MBD sentiasa menyokong usaha belia membabitkan diri dalam bidang perniagaan kerana ia mampu menyerlahkan potensi dan menguji kemampuan untuk bergelar generasi baru yang berketerampilan dalam semua segi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian Edisi Pahang

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>