FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda bayar cukai RM1,303.18 juta

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membayar cukai berjumlah RM1,303.18 juta kepada Lembaga Hasil

Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh empat tahun bermula 2004, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pengumuman data yang pertama kali dibuat itu bertujuan menepis isu Felda bankrap yang masih dimainkan pembangkang.

“Data ini adalah kali pertama diumumkan. Tujuan diumumkan adalah untuk membuktikan dakwaan bahawa Felda bankrap adalah tidak benar.

“Ini (cukai) adalah usaha Felda untuk membantu kerajaan dan rakyat. Cukai ini boleh digunakan kerajaan untuk membantu rakyat secara keseluruhan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengurus Felda dan Pelancaran Manual Pengurusan Rancangan (MPR) Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab dan Presiden Kumpulan Felda Global Venture Holdings (FGVH) Datuk Sabri Ahmad.

Ahmad berkata, persoalan di sebalik dakwaan itu adalah bagaimana Felda, sebuah organisasi kerajaan yang tidak mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, mampu membayar cukai sebanyak itu sekiranya ia telah bankrap.

Beliau berkata, jumlah RM1,303.18 juta cukai yang dibayar kepada kerajaan itu membuktikan bahawa Felda adalah sebuah organisasi yang cukup stabil dari segi kewangan.

“Jika organisasi (telah) bankrap bagaimana ia boleh membayar cukai dengan jumlah bayaran yang begitu tinggi. Ini menunjukkan Felda adalah organisasi yang stabil,” katanya.

Berhubung tindakan saman RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan setelah tempoh notis yang diberikan berakhir 7 Julai lepas, Ahmad berkata perkara itu masih di bawah penelitian panel peguam yang dilantik tetapi yang pasti tindakan saman akan tetap diteruskan.

Akhbar Suara Keadilan pada keluaran bertarikh 22-26 Jun lalu menyiarkan berita utama di muka hadapan bertajuk “Felda Bangkrap” (Bankrap) dan empat lagi artikel dalam keluaran sama.

Mengenai penerbitan Manual Pengurusan Rancangan, Ahmad berkata, terbitan kali ini lebih menyeluruh dan komprehensif yang mengambil kira misi, visi dan teras-teras Felda hasil semakan semula terhadap manual yang diterbitkan kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau berkata, manual yang digubal merangkumi semua bidang tugas antaranya pengurusan kebun, pembangunan komuniti peneroka dan generasi baru, sumber manusia, kewangan, kontrak serta pengurusan tanah dan pembangunan usahawan itu diyakini dapat membantu semua petugas rancangan melaksanakan tugas lebih cekap dan berkesan.

Ahmad berkata, kandungan MPR itu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa bersesuaian dengan perubahan dasar-dasar kerajaan dan Felda mengenai pembangunan tanah dan komuniti peneroka secara menyeluruh.

“Selain memberikan manfaat kepada semua kakitangan rancangan Felda, penerbitan itu juga sejajar dengan slogan Felda Hanya Satu Di Dunia dan dasar kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan,” katanya. – Bernama

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>