FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda Bukan Jaguh Kampung dan Peruntukkan RM1.6billion – Najib

Dua berita Felda dari Tenang. Banyak betul peruntukkan time-time nak pilihanraya ni. RM1.6billion tu. Sape kata Felda bankrap?

Jom kita baca

FELDA bukan jaguh kampung: Najib

LABIS: Kejayaan FELDA mengembangkan operasinya di luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Kanada adalah bukti jelas bahawa agensi itu kini bergiat di persada antarabangsa dan bukan sekadar “jaguh kampung,” kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana Menteri berkata, banyak negara asing termasuk di Afrika seperti kerajaan Sierra Leone menunjukkan minat yang mendalam untuk mencontohi sistem pembangunan tanah oleh FELDA.

“FELDA membuktikan ia bukan jaguh kampung dengan membuat pelaburan membuka kilang-kilang di Amerika Syarikat dan Kanada. Perdana Menteri Quebec, Kanada memandang tinggi terhadap FELDA berikutan kejayaan membuka kilang di Quebec,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 2,000 warga FELDA Tenang pada majlis ramah mesra yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Najib yang turut melawat FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat di Labis hari ini berkata, kerajaan Sierra Leone mengakui betapa baiknya jika sistem pembangunan tanah Felda dapat dilaksanakan di negara Afrika itu.

Bagaimanapun katanya, kerajaan Sierra Leone gagal mencontohi pembangunan tanah sebagaimana yang dilakukan oleh Felda dan menurut Najib: “Kegagalan ini adalah kerana faktor kepimpinan negara”.

Perdana Menteri berkata, FELDA berjaya mengubah kehidupan penduduknya menjadi lebih baik dengan pendapatan yang tinggi pada ketika ini berbanding ketika agensi itu ditubuhkan puluhan tahun dahulu.
“Perbezaan di antara masa penduduk FELDA masa ini dengan penduduk FELDA ketika agensi itu mula-mula ditubuhkan suatu ketika dahulu, diibaratkan seperti ”bumi dan langit,” kata beliau.

Najib berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Kampung Felda Cempelak Barat hari ini bahawa pendapatan bersih bulanan yang diperoleh oleh peneroka FELDA ketika ini mencecah RM3,000.

Terdahulu, Mohd Isa di dalam ucapannya berkata, tindakan pembangkang menabur pelbagai fitnah terhadap FELDA pada ketika ini merupakan satu cubaan untuk mengikis keyakinan penduduk rancangan tanah itu terhadap kerajaan.

“Sebab mereka (pembangkang) tahu bahawa di sini (FELDA) adalah kubu kuat Barisan Nasional,” katanya sambil meminta penduduk supaya tidak terpengaruh dengan tindakan mengambil kesempatan oleh kumpulan tertentu itu.

Pada lawatan itu, Perdana Menteri turut merasmikan Dewan Semai Bakti FELDA Tenang dan gelanggang futsal terbuka. – BERNAMA

Najib umum RM1.6 bilion untuk pembangunan FELDA

LABIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion bagi pembangunan FELDA dan agihan 500 lot tanah kepada generasi kedua di Johor yang akan dibangunkan dengan kos prasarana sebanyak RM8.5 juta.

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>