FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda ke Bursa Malaysia belum muktamad

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Cadangan penyenaraian Felda Holdings di Bursa Malaysia belum dapat dimuktamadkan kerana banyak keutamaan lain yang perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu.

Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, penyenaraian Felda tidak boleh ditetapkan jangka masanya kerana apa yang Felda pentingkan adalah memberikan yang terbaik kepada penerokanya.

“Penyenaraian tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini malah tiada jangka masa yang diberikan kepada kami untuk melaksanakan penyenaraian itu,” kata Mohd Yusof.

Beliau berkata, penyenaraian itu masih dalam rancangan dan tidak diketepikan.

Kajian itu dijalankan bagi memastikan kepentingan peneroka tidak terjejas sekiranya agensi itu disenaraikan, kata Mohd Yusof.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian sijil Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Mapan (RSPO) yang pertama di dunia yang dianugerahkan kepada agensi pekebun kecil di sini hari ini.

Penganugerahan sijil itu kepada Felda merangkumi dua kompleks kilang sawitnya iaitu di Kota Gelanggi 1 dan Lepar Utara 6 dan akan diperluaskan kepada 68 kilang sawitnya di seluruh negara menjelang tahun 2016.

Malah ia merupakan satu kebangsaan untuk Felda berikutan perlu menjalani pemeriksaan protokol ketat dan dinilai oleh penilai luar mengikut prinsip dan kriteria yang ditetapkan oleh RSPO.

Penilaian dibuat berdasarkan lapan prinsip iaitu kualiti pengurusan ladang, impak sosial daripada operasi, biodiversiti di ladang dan kriteria alam sekitar.

Felda telah merangka satu pelan untuk mendapatkan pensijilan RSPO di kesemua 70 kilang sawit menjelang tahun 2016.

Ia merangkumi 700,678 hektar ladang sawit peneroka dan ladang sawit Felda.

Mohd. Yusof menambah, pihaknya perlu mempertimbangkan banyak perkara sebelum Felda disenaraikan di Bursa Malaysia seperti faedahnya kepada peneroka, kebaikan dan keburukan terhadap peneroka dan banyak faktor lain.

Apa yang penting kata beliau, jika penyenaraian itu dilaksanakan, ia perlu memanfaatkan semua peneroka di negara ini.

”Sebelum sebarang keputusan dibuat ia memerlukan banyak pertimbangan dan perincian supaya ia tidak menjejaskan kepentingan mereka,” kata Mohd Yusof lagi.

Cadangan penyenaraian Felda ke Bursa Malaysia telah dibentangkan dalam Bajet 2004 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada akhir tahun 2003.

Bagaimanapun pada 5 November 2003, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menangguhkan keputusan penyenaraian itu bagi membolehkan satu kajian teliti dibuat mengenainya terlebih dahulu.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>