FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

FELDA latih ‘pengurus keluarga’

Terima kasih FELDA kerana menambahkan lagi peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak peneroka yang tidak berpeluang melanjutkan ke IPTA dengan menyertai kursus Pengurus Keluarga. Apabila anak-anak peneroka tamat kursus ni boleh jadi Pengurus Keluarga dengan bayaran gaji antara RM700 hingga RM1000 sebulan. Dengan kata lain pengurus keluarga ni sebenarnya merujuk kepada pembantu rumah or amah sekarang la. Tapi nama Pengurus Keluarga tu nampak besar sikit la. So, gaji pun kena la besar sikitkan?

Apa sahaja namanya, ini satu langkah bijak. Sekurang-kurangnya dah kurang kita bergantung kepada pembantu rumah asing. Ya lah, orang kita sendiri kan. Malah, ada gaji minimum tu,  iaitu RM700. Syarat untuk ikuti kursus itu pula ialah mesti warga Felda.

Cuma persoalannya mampukah majikan membayar gaji Pengurus Keluarga sehingga RM700? Kalau di Bera atau di tempat saya kerja di Terengganu ni RM700 tu kira tinggi dah tu. Fresh graduate perakaunan yang ijazah, yang berkerja dgn audit firm pun di Bera pun hanya di bayar RM800 untuk starting. Kerja punya penat, belajar pun penat tapi gaji Pengurus Keluarga lagi menarik.

Jom baca petikan dari Utusan

Felda tawar pengurus rumah tangga ganti amah asing

KUALA TERENGGANU 17 Okt. – Kepada mereka yang memerlukan khidmat pembantu rumah namun enggan mengambil pembantu rumah warga asing, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mempunyai jalan penyelesaiannya.

Felda bersedia untuk menyediakan golongan pembantu rumah berkemahiran yang diistilah sebagai Pengurus Rumah Tangga dari kalangan lelaki dan wanita pada sebarang peringkat umur.

“Felda mengambil inisiatif ini sebagai usaha mengurangkan kebergantungan kepada pembantu rumah asing di mana kumpulan pertama terdiri daripada seramai 100 orang pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan diberi kursus.

“Mereka akan menjalani latihan kemahiran selama setahun mulai Januari depan yang akan dikendalikan oleh Yayasan Felda mengikut silibus berasaskan kemahiran,” kata Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor semasa meraikan 106 bakal haji Felda dari wilayah Terengganu di sini hari ini.

Menurut beliau, kursus seperti penjagaan kesihatan, memasak, penjagaan kanak-kanak akan ditawarkan secara percuma kepada anak-anak peneroka Felda yang berminat tanpa had umur. – Bernama

p/s: kepada anak peneroka Felda Kumai yang tidak mempunyai pekerjaan boleh la timbang2kan untuk join kursus ni.. Dapat merasa jugak jadi Pengurus.

Related Posts with Thumbnails

,

7 thoughts on “FELDA latih ‘pengurus keluarga’

  • azlan lazim says:

    Salam buat yang membaca.Saya mempunyai 02 anak berumur 03 dan 01 stengah tahun.Bulan mac lepas, Baby sitter sudden nak balik kg, urus org tuanya yg uzur.dari saya anta day care/ taska,better sy ambil lepasan Felda.Sya lebih mudah menganggap sedara.Buat masa ni saya mampu bayar RM 550, kerja 05 hari (mon – Fri) weekend free,nak pergi jalan memana/blk kg suka ati lah.bilik saya sediakan.bantu jaga ANAK,(Isteri kerja)masak pon untuk anak dan Dinner only.bersih umah mana yang patut,InsyaAllah isteri sentiasa membantu,bukan anda buat segalanya.pakai saya dan lain-hal ,isteri uruskan.kalu saya berjalan/ Holiday,anda boleh ikut.Minta yg boleh melayan karenah budak2.
    hubungi saya AZLAN +6013- 3109994/0122725096,rumah saya di Kajang.

  • roslinda says:

    saya juga memerlukan pembantu rumah melayu..gaji rm500-600 segera.impian saya ingin mencari pembantu rumah anggap saya saudara sahaja ..ibu tunggal ke..anak yatim ker..umor38-50..kalau boleh pembantu tu sanggup duduk rumah saya, sayang budak2 dll tugas pembantu rumah.sila hubungi saya 017-3679822 atau 011-15797052 (alor gajah melaka)

  • zar says:

    Saya kebetulan melayari website ini apabila mencari-cari pembantu dari Malaysia sendiri. Buat masa ini saya membayar pembantu asing untuk datang mencuci rumah saya di waktu pagi dan pulang bila-bila selesai setiap hari saya bekerja kecuali hari ahad. Kalau saya tak bekerja hari sabtu maka pembantu saya tak perlu datang sebab saya ada di rumah untuk mencuci sendiri. Hari-hari biasa pun kalau selesai mencuci awal, beliau balik awal. Macam Nor, saya selalu mencari-cari kalau ada orang Malaysia yang menganggur yang mahu bekerja dengan saya. Saya fikir daripada membayar RM1100 kepada pembantu asing sebulan mungkin ada rakyat kita sendiri yang berminat untuk bekerja. Saya tak faham apa komen Nor yang menyinggung perasaan sehingga Azro membalas komen tersebut yang bagi saya agak kasar. Adakah Azro mewakili pendapat warga Felda sendiri? Kalau betul maka saya tak perlu lagilah berusaha mencari rakyat Malaysia sendiri kerana boleh menyinggung perasaan orang lain.

  • ummu mus;ab says:

    saya juga sgt2 memerlukan pembantu yg sanggup di Seremban. Gaji RM500-600 kita boleh runding. Hubungi saya 013-6124270.

  • ekyn says:

    salam,saya ingin mencari pembantu rumah sepenuh masa yang duduk berdekatan dengan saya, saya duduk dkt pasaraya seri intan. sila hubungi saya 0169864679..

  • azro says:

    Pengurus Keluarga ka , Amah ke..kerja sama jer..Nor sanggup kerja jadi “pengurus Keluarga” ker???..harap betullah..jgn cakap aja. saya tak hina org kerja jadi pembantu rumah, amah, org gaji, pengurus keluarga.. atau apa saja pun boleh. erm nak buat perbandingan tu boleh.. sekarang ni kalau gaji baru RM1501 tak payah berangan nak ambik org gaji ..nak bayar dengan air liur.nak bayar agensi sahaja dah beberapa ribu. Bagi org yang “berada” macam nor boleh cakap apa saja.. Serasa sayalah…daripada respon nor ni, awak seorang yang agak tegas..dan rasa diri selalu betul..hargailah perasaan org lain sama.Bagaimana awak nak ukur/nilai berbaloi atau tidak bayaran gaji RM700-RM1000 dengan perkhidmatan mereka???. “yes mem” adios.

  • Nor says:

    Saya rasa ramai majikan yang mampu membayar gaji Pengurus Keluarga dari RM700 – RM1000 sebulan. Sedangkan syarat untuk mengambil pembantu rumah asing sekarang pun, majikan mesti berpendapatan lebih dari RM1500 sebulan. Saya sendiri sanggup membayar gaji sedemikian jika perkhidmatan yg diberikan benar2 berbaloi. Daripada duit kita byk keluar ke negara asing, apa salahnya kita memberikan sumbangan kepada anak bangsa kita sendiri. Masalahnya, kdg2 mentaliti org kita. Dulu pernah kami memberi tawaran kerja pembantu kepada keluarga yg susah & daif di pantai timur, tapi tiada siapa yang mahu. Bg segelintir masyarakat, mereka sanggup menganggur dpd jadi pembantu rumah; tak ‘standard’ kononnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>