FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda nak beli KFC?

Menarik.. Satu perkembangan yang positif dari Pengerusi Felda yang baru. Untuk menjadikan Felda sebuah syarikat global yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat besar seharusnya Felda mempunyai startegi yang lebih berdaya maju seperti ini. Niat untuk membeli KFC adalah salah satu perkara positif yang perlu dipertimbangkan oleh barisan pengarah Felda.

Mungkin lepas ni ayam-ayam KFC di supply oleh ladang-ladang warga peneroka Felda. Jangan makan ayam KFC setiap hari dah la. Kolestrol tinggi tu.. hehe.

————————————————————————————–

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Felda sanggup membeli QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) jika Johor Corporation (JCorp) benar-benar mahu menjual dua entiti tersebut bagi mengatasi beban hutangnya.

Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abd. Samad berkata, ia memiliki pengalaman serta kekuatan bagi mengendalikan entiti besar termasuk mampu menawarkan pasaran yang besar berlandaskan masyarakat Felda yang besar

Katanya lagi, jika pembelian itu benar-benar berlaku, ia bakal membuka peluang ekonomi baru kepada generasi kedua Felda seperti peluang pekerjaan dan penyertaan ke dunia korporat terutamanya industri makanan halal yang ditawarkan melalui rangkaian restoran KFC.

“Felda mempunyai kemampuan. Malah, jika setiap seorang masyarakat Felda membeli produk KFC sehari, keuntungan besar mampu dicapai,” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis menandatangani memorendum persefahaman (MoU) di antara Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan KFCH di sini hari ini.

Di bawah MoU itu, ketiga-tiga pihak terbabit akan memberi pendidikan berterusan kepada belia Felda melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan milik KFCH iaitu KFCH International College dengan memberi pendedahan kepada sistem pengurusan restoran KFC.

Program pendidikan tersebut terbuka kepada belia Felda yang tidak memiliki pencapaian pendidikan yang tinggi.

Selain itu, golongan ibu tunggal dan suri rumah Felda juga dibenarkan menyertai program tersebut bagi menambahkan ilmu perniagaan.

Hadir ialah Pengerusi KFCH, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Pengarah Urusan KFCH, Jamaludin Md. Ali, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab dan Presiden MBFM, Anuar Abdul Manap.

JCorp mendapat perhatian dunia korporat baru-baru ini berikutan desas-desus ia mahu menjual QSR dan KFCH bagi mengurangkan beban beban hutangnya.

Bagaimanapun, pada 27 Disember lalu, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga, iaitu QSR dan KFCH, yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim)

Sebaliknya, beliau menegaskan QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp dan tidak munasabah untuk menjual perniagaan teras JCorp.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Ali berkata, jika terdapat perletakkan harga yang bersesuaian untuk membeli QSR dan KFCH, kedua-duanya boleh dijual memandangkan ia sebuah syarikat senaraian awam yang keputusannya ditentukan oleh pemegang sahamnya.

“Sama ada Felda hendak membeli QSR. Itu bukan bidang kuasa saya, soalan itu perlu ditanya kepada Pengerusi Felda sendiri,” katanya.

Sementara itu, Jamaludin berkata, sebanyak 25 buah restoran KFC akan dibuka tahun ini diseluruh negara dengan anggaran pelaburan bernilai RM25 juta.

“Daripada jumlah itu, 15 buah akan disertakan dengan kemudahan pandu lalu (drive through) dan sebanyak 20 buah restoran Pizza Hut pula akan dibuka diseluruh Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM20 juta,” ujarnya.

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>