FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda perlu utamakan PWF

JENGKA – Generasi Felda di wilayah ini meminta agar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengutamakan pembinaan projek Perumahan Warga Felda (PWF) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsudin berkata, kawasan itu masih belum mempunyai satu perumahan generasi kedua Felda bagi mengatasi masalah kekurangan penempatan yang melibatkan kumpulan berkenaan.

Menurutnya, permohonan bagi tujuan itu sudah dikemukakan ke peringkat pengurusan Felda memandangkan ia mendapat permintaan tinggi dari kalangan generasi Felda.

“Kerajaan Negeri juga mencadangkan setiap DUN mempunyai satu PWF supaya generasi Felda menikmati matlamat penubuhan organisasi ini.

“Keadaan di tanah rancangan pada hari ini jauh berbeza berbanding 30 tahun lalu terutama dari segi kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti dewan orang ramai, jalan raya dan pelbagai lagi,” katanya pada Sambutan Aidlfitri DUN Kuala Sentul, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda, Datuk Tan mohd Aminuddin Ishak dan ADUN Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Sementara itu, Yusof berkata, wilayah Jengka akan diberi keutamaan untuk projek itu kerana membabitkan jumlah bilangan generasi Felda yang besar namun sebarang keputusan diambil berdasarkan permintaan.

Menurutnya, bagi anak peneroka yang tidak mempunyai slip gaji, Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) bersedia menawarkan pinjaman perumahan kepada mereka untuk memiliki rumah di bawah projek itu.

“Langkah ini diambil berikutan terdapat generasi kedua yang tidak mampu membeli rumah kediaman kerana gagal mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan disebabkan tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

Related Posts with Thumbnails

, , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>