FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda saman Wan Azizah, lima yang lain RM200 juta

KUALA LUMPUR – Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd semalam, memfailkan saman RM200 juta terhadap enam pihak termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam akhbar parti itu, Suara Keadilan, pada Jun lalu. Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 3 petang, semalam.

Selain Wan Azizah, mereka yang dinamakan sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd., editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat.

Dalam penyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, yang diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, mendakwa akhbar itu menerbitkan dua artikel bertarikh 22 Jun 2010 dan 29 Jun 2010 terhadap Felda.

Selain menuntut ganti rugi RM200 juta, termasuk ganti rugi keterlaluan dan teladan, plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula perkataan fitnah secara lisan di media cetakan atau Internet. Felda juga menuntut pihak defendan memohon maaf secara bertulis untuk diterbitkan di akhbar dan majalah, kos dan relif lain yang difikirkan adil dan wajar oleh mahkamah.

Felda juga menuntut faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi dari tarikh saman itu difailkan sehingga tarikh kes selesai sepenuhnya.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE

Fariz Kamis: Hangat betul berita saman menyaman kat Felda sekarang ni.. kejap Peneroka saman, kejap Felda saman.. yang untung peguam.. hehe..

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>