FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

FELDA sasar sijil RSPO 70 kilang menjelang 2017

FELDA menyasarkan mendapatkan pensijilan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO) bagi semua 70 kilang sawit miliknya menjelang 2017.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor, berkata pensijilan RSPO itu yang juga piawaian global yang mengiktiraf perkembangan pengeluaran minyak sawit secara mapan, mampu membantu FELDA meningkatkan pendapatan daripada jualan minyak sawitnya kerana ia lebih mudah dipasarkan serta mempunyai nilai lebih tinggi di pasaran.

Beliau berkata, usaha mendapatkan pensijilan RSPO bagi semua 70 kilang sawit itu akan merangkumi 700,678 hektar ladang sawit milik peneroka dan ladang sawit FELDA.

Tahun lalu, FELDA mengeluarkan kira-kira 3.1 juta tan minyak sawit mentah (MSM) dan jika semua ladang dan kilang mendapat pensijilan RSPO, ia bakal meningkatkan lagi pendapatan FELDA, katanya pada sidang media sempena majlis penyerahan sijil RSPO itu di Kuala Lumpur, semalam.

FELDA memeterai perjanjian menjadi ahli RSPO pada 2004 dan ia adalah antara 14 syarikat yang menubuhkan unit kajian bagi mengemaskini prinsip dan kriteria bagi pensijilan sebelum ia diluluskan dan diguna pakai oleh RSPO pada November 2007.

Penganugerahan sijil itu bermakna FELDA menjadi agensi pekebun kecil pertama di dunia mendapat pensijilan RSPO.

Untuk mendapatkan sijil RSPO memerlukan pemeriksaan protokol ketat dan ia dinilai oleh penilai luar mengikut prinsip dan kriteria alam sekitar.
Penganugerahan sijil berkenaan dinilai berdasarkan lapan prinsip termasuk kualiti pengurusan ladang, impak sosial daripada operasi kami, biodiversiti di ladang serta kriteria alam sekitar.

Mohd Yusof berkata, sijil RSPO bertarikh 22 Jun 2010 yang diterima FELDA itu merangkumi dua kompleks kilang sawit iaitu Kilang Sawit Kota Gelanggi 1 dan Kilang Sawit Lepar Utara 6 di Pahang serta 11 rancangan yang menghantar hasil sawit ke kilang terbabit yang mana semua ladang itu merangkumi keluasan 22,268 hektar.

Beliau berkata, daripada keseluruhan ladang terbabit, empat daripadanya dengan keluasan 8,226 hektar adalah ladang peneroka, empat ladang lain berkeluasan 10,991 hektar adalah ladang diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd, manakala dua ladang berkeluasan 3,051 hektar adalah ladang milik anak syarikat Felda Holdings Bhd iaitu, Felda Agricultural Services Sdn Bhd.

Berdasarkan kadar nilai premium semasa dan kadar pengeluaran kedua-dua kilang itu sebanyak 102,884 tan MSM dan 24,391 tan minyak isirong sawit (MIS), FELDA menjangka meraih pendapatan tambahan sebanyak lebih RM1 juta setahun, katanya.

Sumber: Berita Harian Online

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>