FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda tidak percaya peneroka? Betul ke?

Inilah yang berlaku apabila pengurusan Felda mengedarkan borang kajian keberkesanan sistemn penyampaian Felda Tembangau Satu. Peneroka kurang senang dengan kajian tersebut.

Borang kajian hanya rujukan (Sumber: Sinar Harian 10/1/11)

FELDA TEMBANGAU SATU – Beberapa peneroka di sini melahirkan rasa kurang selesa dengan pengeluaran borang kes kajian keberkesanan sistem penyampaian Felda Tembangau Satu yang baru dikeluarkan awal tahun ini.

Menurut mereka, dengan mengisi borang itu, mereka seolah-olah dipaksa untuk menyokong Felda walaupun sememangnya selama ini mereka tetap penyokong.

Seorang peneroka yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata, setelah hampir 30 tahun tinggal di Felda ini, kenapa baru sekarang ini borang seumpama itu diwujudkan seolah-olah tidak percaya kepada mereka yang selama ini bergantung kepada pengurusan Felda untuk ladang-ladang mereka.

Menurutnya, Felda yang berdekatan dengan Felda Tembangau Satu ini tidak mewujudkan cara sedemikian terutamanya menjelang pemberian bonus kepada peneroka.

“Kami seperti diugut dan digertak untuk mengisi borang ini, tanpa mengisi borang ini sekalipun kami tetap menyokong Felda kerana inilah kehidupan kami sejak dahulu lagi.

“Borang yang diedarkan ini pula dikeluarkan ketika kami mahu mendapat bonus. Apa taktik di sebalik pemberian borang ini yang tidak dibuat oleh Felda yang lain,” katanya.

Selain itu, mereka menjelaskan pemberian bonus dan duit-duit ke atas peneroka Felda ini sememangnya hak mereka tanpa perlu mengisi borang.

Katanya, borang itu seolah-olah menunjukkan rasa tidak percaya pengurusan Felda kepada peneroka di sini.

Sementara itu, Pengurus Felda Tembangau Satu, Rasdim Samat berkata, borang itu diedarkan hanyalah semata-mata untuk memperbaiki kualiti sistem penyampaian rancangan ini d ibawah pengurusannya tanpa ada makna tersurat dan tersirat.

Menurutnya, borang itu adalah untuk rujukan peribadi beliau dalam usaha untuk meningkatkan tahap pengurusan Felda menjadi lebih baik.

“Saya tidak memaksa mana-mana peneroka untuk mengisi borang itu, sebanyak 600 keping diedarkan, hanya 400 keping sahaja yang diserahkan kembali.

“Melalui borang itu juga, saya mendapat banyak kritikan positif dan negatif daripada peneroka dan maklumat mereka dirahsiakan tanpa ada agenda lain di sebaliknya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan menjelang tahun baru ini pihaknya akan membuka kaunter isu setiap kali perhimpunan bulanan diadakan sebagai langkah untuk meningkatkan sistem pengurusan Felda.

“Saya tidak memaksa mereka untuk mengisi borang itu dan tidak juga menyekat mana-mana pemberian bonus jika tidak mengisi borang ini.

“Oleh itu, saya harap peneroka faham akan tindakan saya ini yang menjalankan tugas untuk kesejahteraan bersama,” katanya.

Related Posts with Thumbnails

,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>