FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Felda tubuhkan KPF 2

KUALA LUMPUR 30 Julai — Kerajaan akan menubuhkan Koperasi Permodalan Felda 2 (KPF 2) dengan dana awal berjumlah RM10 juta untuk membantu generasi muda Felda merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa ini, generasi baru Felda tidak dibenarkan menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) sedangkan kumpulan ini semakin bertambah bilangannya serta berminat untuk terlibat dalam kegiatan ekonomi.

“Kerajaan sedar akan hasrat dan kehendak generasi baru untuk merebut peluang dalam aktiviti pembangunan dan perniagaan syarikat Felda. Malah, ramai di antara mereka ini berminat untuk bergiat aktif menerusi koperasi,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Kegiatan KPF 2 akan ditumpukan kepada pembangunan fizikal di tanah rancangan selain memegang ekuiti tertentu dalam syarikat Felda.

Bagaimanapun, koperasi ini tidak akan menjadi pesaing kepada KPF tetapi ia menjadi pelengkap serta menambah rantaian ekonomi sedia ada, kata beliau.

“Oleh yang demikian, saya bagi pihak kerajaan ingin mempelawa semua generasi baru Felda untuk terlibat dalam koperasi ini di samping merebut peluang dalam aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh anak-anak syarikat Felda.

“Kerajaan berharap usaha ini akan disambut baik oleh generasi muda Felda demi memastikan untung nasib keluarga peneroka di seluruh negara terus terbela,” kata Najib. — Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online

Fariz Kamis: Generasi kedua Felda Kumai seharusnya mengambil peluang untuk melabur didalam KPF 2.

Related Posts with Thumbnails

, ,

2 thoughts on “Felda tubuhkan KPF 2

  • mohamad arif bin sukendar says:

    mintak tolong ambil perhatian bg pihak kpf..dah hampir 8 bulan,akaun saya menjadi ahli masih tidak aktif..borng dah hantar,yuran pn dah bayar.dah cal,tp line asik sibuk je..

  • wak sengal says:

    Camne nak melabur dengan KPF ni? Pakcik saya peneroka boleh ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>