FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

GWGF tubuh badan khas tangani masalah FELDA

Biro aduan turut dilancar sebagai saluran peneroka bersuara

KUALA LUMPUR: Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani dengan lebih berkesan pelbagai isu yang dikemukakan berhubung agensi berkenaan.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Abdullah Abu Bakar, berkata pihaknya memandang serius mengenai pelbagai isu yang dibangkitkan terutama berhubung pengurusan dan pentadbiran FELDA.“Di antara isu yang dibangkitkan ialah kaedah penentuan harga minyak sawit, bayaran balik tanam semula, prestasi syarikat milik FELDA, perumahan generasi kedua dan peluang perniagaan di FELDA.

“GWGF merasakan semua pihak perlu memahami hakikat sebenar permasalahan dibangkitkan dengan melihat fakta dan statistik sebenar isu diperkatakan,” katanya di sini, semalam.

Beliau sebelum itu turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan FELDA bagi mendapat maklumat lanjut berhubung isu perahan minyak sawit dan Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Abdullah berkata, jawatankuasa itu dianggotai 30 golongan profesional antaranya doktor, peguam, pakar ekonomi dan ahli perniagaan serta badan bukan kerajaan (NGO).
Katanya, jawatankuasa khas itu berperanan untuk mengkaji dan menilai permasalahan yang timbul serta membantu meredakan ketegangan ekoran salah faham antara peneroka dan FELDA.

Selain itu katanya, pihaknya juga turut melancarkan Biro Aduan yang akan berfungsi sebagai satu landasan kepada masyarakat FELDA untuk menyalurkan apa juga permasalahan berkaitan agensi itu.

“GWGF juga akan mengadakan persidangan meja bulat dengan menjemput semua pihak terbabit khusus untuk menyelesaikan isu di tanah rancangan FELDA. Bagi GWGF mekanisme yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah melalui perbincangan,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Related Posts with Thumbnails

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>