FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Isa Jejas Felda Atau Tidak?

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang Isa Samad, Pengerusi Felda. Pelantikan Isa di anggap menjejaskan reputasi Felda kerana beliau pernah terlibat dengan isu politik wang sebelum ini.

HarakahDaily menyebut Isa sebagai Pengerusi Felda terus dipertikai

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru terus menjadi pertikaian, apabila ia turut dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Isa dikatakan tidak selayaknya dilantik mengetuai Felda kerana beliau bukanlah individu yang boleh diyakini dan berkelayakan, malahan perlantikannya telah memberikan implikasi yang buruk kepada Felda.

Disebabkan perlantikan Isa, nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di tanah air kini telah terjejas dan ia turut memberikan kesan buruk kepada aset organisasi itu sendiri.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika membangkitkan perkara itu, bertanya kepada Perdana Menteri apakah rasional Isa dilantik sebagai Pengerusi Felda.

“Apakah tindakan kerajaan berikutan kenyataan beberapa penganalisis ekonomi bahawa perlantikan tersebut memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran?” katanya yang juga Bendahari PAS Pusat pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Soalan tersebut ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi telah dijawab oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Ketika menjawab soalan itu, Ahmad bagaimanapun tetap mempertahankan perlantikan Isa sebagai Pengerusi Felda yang baru, walaupun ia jelas menafikan realiti sebenar yang berlaku kepada negara, masyarakat Felda dan pandangan pelbagai pihak terutama penganalisis ekonomi.

Sementara itu, dalam perbahasan sebelum itu, Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok Suh Sim turut membangkitkan persoalan penting mengenai Perlembagaan Persekutuan dan persempadanan kawasan Parlimen.

Beliau antara lain meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan pada tahun ini demi menukar persempadan kawasan Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun).

“Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja memindah pengundi ke pusat pengundian yang jauh daripada pusat pengundian asal mereka dan mencetuskan kekeliruan di kalangan pengundi dalam siri pilihanraya kecil yang lepas,” katanya.

Ini pula berita di Harian Metro: Isa tak jejas Felda

PELANTIKAN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda tidak langsung menjejaskan nama baik dan reputasi Felda sebagai organisasi pembangunan tanah yang unggul di negara ini serta tidak memberi kesan dan isyarat negatif kepada pasaran saham seperti didakwa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata, sokongan ditunjukkan warga peneroka khususnya ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor pada 30 Januari lalu dan DUN Kerdau pada 6 Mac lalu, membuktikan Felda diterima rakyat.
Beliau berkata, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember 2010 ditutup pada paras 1,518.91 dan didagangkan dalam jajaran sekitar 50 mata pada suku keempat 2010.

Related Posts with Thumbnails

, ,

One thought on “Isa Jejas Felda Atau Tidak?

  • Rahim says:

    Ceh..belum jalan belum tau lagi…ape..saya nie dah masuk 3 tahun kpf..gembang je semua…jaji haprak..bila tengok kpf 15%..14%..12%…16%..18%..tapi penipu kuat baik kpf dan yang baru niee….saya dah masuk 3 tahun dalam kpf…semua penipu jeee..janji tinggal janji..saya dah labur 45k..tapi dapat 6 % je…pembohong kuat kpf nieee….sia2 simpan dalam kpf…kalau tabung haji bleh caya..penyamun banyak dalam felda nieee..orang atas dapat full payment bila keuntungan di utarakan…orang cabuk kuli macam kita jangan harap..2 kali bayar la..janji manis..entah betul ka tak…kalau nak caya pi tanya orang yang dah masuk selama 3 tahun lebih dalam kpf..sebab tu ada orang yang belah ambil duit semua masuk tempat lain..yang pasti untuk anak felda yang tinggal rektorik kepala hotak depa…
    insan yang geram pelaburan dalam kpf tak dapat apa yang dijanjikan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>