FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Kelab Petanque Felda Selendang 2

Wah. Kagum betul aku dengan Felda Selendang 2 ni. Siap ada kelab Petanque tu. Aku pun tak tahu game petanque ni macam mana. Mungkin kawan-kawan Felda Kumai ada yang tahu? Boleh share kat ruangan komen. Jom kita baca berita dari SINAR HARIAN ni.

Sedia gegar kejohanan di Rompin

SELENDANG – Kelab Petanque Felda Selendang 2, bersiap sedia menjadi salah satu pasukan terkuat di daerah ini selepas dua pasangan yang mewakili Felda itu berjaya mencapai sasaran layak ke suku akhir dalam kejohanan di Muadzam Shah, Oktober lalu.

Kejayaan itu diperoleh menerusi pasukan Selendang A yang diwakili Abdul Lambak Jusoh dan Ibrahim, manakala Selendang B menerusi gandingan Syed Idrus Syed Mohamad dan Ishak Karim.

Pengalaman bertanding dalam kejohanan yang sama di Balok, Kuantan juga menjadi pengalaman berharga bagi kedua-dua pasukan itu hingga mampu menempatkan diri hingga ke perlawanan suku akhir.

Ketua Kelab Petanque Felda Selendang 2, Syed Idrus Syed Mohamad berkata, misi seterusnya pasukan itu mahu muncul juara pada kejohanan di Pantai Hiburan Rompin yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.

“Sasaran seterusnya adalah menjadi juara kerana kami sudah bersedia ke arah itu berdasarkan momentum sedia ada. Kami yakin bergelar juara pada kejohanan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Syed Idrus berkata, pada ketika ini, mereka berjaya mengumpul seramai 30 ahli dalam kalangan penduduk Felda Selendang 2 dan mensasarkan lebih ramai ahli dalam kalangan generasi muda pada masa akan datang.

“Kelab ini baru sahaja ditubuhkan dan sasaran kita mahu menambah lebih ramai lagi ahli terutama penyertaan daripada golongan muda supaya sukan ini dapat diketengahkan,” katanya.

Sebagai persediaan, katanya, kelab itu memperuntukkan masa selama dua jam untuk berlatih di satu tempat khas di Felda Selendang 2, selain ada dalam kalangan mereka terpaksa memenjalani latihan pada waktu malam.

“Kita mahu sukan ini diberi nafas baru dan diketengahkan kepada semua peringkat termasuk golongan wanita supaya ia dapat memenuhi waktu terluang selain mencegah gejala sosial dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata, persatuan juga berhasrat menganjurkan sukan petanque di Felda itu pada masa akan datang bagi menarik kehadiran peserta ke kawasan itu, seterusnya mengembangkan lagi sukan berkenaan.

“Selain bersukan kita juga dapat menarik kehadiran peserta ke Felda seterusnya mempromosi kepada mereka apa yang ada di Felda seperti projek ekonomi dan sebagainya,” katanya.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>