FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Mudahnya peneroka di tipu

Banyak kali berlaku peneroka ditipu oleh sendikit-sendikit penipuan seperti yang disiarkan SINAR HARIAN di bawah ni.

Polis buru suspek kes tipu peneroka

KUALA ROMPIN – Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam beberapa kes penipuan wang peneroka di Felda Keratong 4, bernilai hampir RM20,000 sejak dua bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, modus operandi suspek itu adalah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pengurus ladang di Bahau, Negeri Sembilan dan menawarkan kerja kepada kepada peneroka.

Menurutnya, suspek dipercayai menawarkan kontrak membersihkan ladang dan memotong buah sawit kepada peneroka dengan syarat mereka perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan kontrak berkenaan.

“Setakat ini, dua laporan polis telah dibuat oleh dua individu yang mendakwa mereka ditipu lelaki terbabit, dengan masing-masing mengalami kerugian sebanyak RM3,500 dan RM5,000.

“Polis percaya suspek itu juga memperdaya ramai lagi peneroka di Felda berkenaan, tetapi setakat ini belum ada laporan yang dibuat oleh mangsa yang lain berhubung kes ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Johari berkata, suspek yang dipercayai berasal dari Taiping, Perak, itu didakwa menghilangkan diri dan gagal dihubungi selepas menerima wang terbabit sejak 21 Oktober lalu.

“Mangsa dipercayai diperdaya sebelum suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi selepas peneroka menyerahkan wang mereka untuk mendapatkan ‘projek’ terbabit,” katanya.

Beliau berkata, kes itu adalah kejadian pertama berlaku di daerah ini dan meminta orang ramai, terutama peneroka, supaya lebih berhati-hati dengan modus operandi yang digunakan suspek bagi memperdaya mangsa.

“Polis meminta maklumat orang awam supaya menghubungi balai polis terdekat atau melaporkannya terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta seorang lelaki, dikenali sebagai Mohamad @ Rajendran Abdullah, berusia 52 tahun, tampil membantu polis siasat kes berkenaan.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>