FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Muhyiddin: Saman Felda tak untungkan sesiapa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan peneroka Felda supaya tidak terpengaruh hasutan pihak tertentu termasuk golongan profesional tidak beretika yang cuba mengambil kesempatan untuk tujuan politikdan meraih keuntungan.

“Mereka ini menghasut peneroka dengan alasan tertentu dan akhirnya menggunakan peneroka untuk mengheret Felda ke mahkamah… contohnya tindakan saman yang diambil oleh segelintir masyarakat peneroka tidak menguntungkan sesiapa.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin“Malah nama baik peneroka sendiri turut terjejas,” kata Timbalan Perdana Menteri pada majlis Semai Bakti Felda 2010 di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab.

Muhyiddin berkata bahawa sejak kebelakangan ini, banyak isu ditimbulkan oleh pihak-pihak berkepentingan dengan tujuan mengelirukan dan memecah-belahkan perpaduan masyarakat.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini mempunyai agenda politik yang sempit dan bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan,” katanya.

NONEMuhyiddin berkata Felda adalah sebuah organisasi besar yang telah menabur bakti kepada rakyat dan pembangunan negara di mana kejayaan yang dicapai telah memberi kesejahteraan hidup kepada semua dua juta peneroka di seluruh negara.

“Ukuran kejayaan Felda dapat dilihat dengan peningkatan paras pendapatan peneroka, taraf penghidupan yang lebih baik, rumah kediaman yang selesa dan kemudahan infrastruktur yang disediakan,” katanya.

Menurutnya secara purata, peneroka yang mengusahakan tanaman kelapa sawit ketika ini memperoleh RM3,814 sebulan dan penoreh getah pula RM3,856 sebulan selain diberi hak milik lot kediaman dan lot pertanian.

“Bagaimanapun, Felda tidak harus leka dengan kejayaan yang dicapai lebih-lebih lagi dalam keadaan persekitaran yang begitu dinamik dan serba canggih yang memerlukan pendekatan baru. Inovasi dan teknologi moden adalah ukuran yang boleh meningkatkan pendapatan peneroka ke paras lebih baik,” kata Muhyiddin.

Beliau meminta peneroka supaya memberi tumpuan kepada usaha menambah pendapatan mereka demi menikmati taraf kehidupan lebih baik.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan pingat Semai Bakti kepada 16 pegawai dan Anugerah Pengurus Terbaik kepada lima pegawai Kumpulan Felda kerana perkhidmatan cemerlang mereka.

Bagi Anugerah Pengurus Terbaik, setiap penerima mendapat hadiah dalam bentuk saham Koperasi Permodalan Felda bernilai RM5,000.

- Bernama

Related Posts with Thumbnails

,

2 thoughts on “Muhyiddin: Saman Felda tak untungkan sesiapa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>