FELDA KUMAI

Di hatiku selamanya…


 Powered by Max Banner Ads 

Peluang Kedua Anak Peneroka Miliki Rumah

FELDA TRIANG 3 – Felda masih membuka peluang kepada generasi kedua untuk mengisi borang pendaftaran bagi memiliki rumah dalam Program Perumahan Warga Felda (PWF) apabila semasa proses pendaftaran dua hari lalu mendapat bantahan daripada mereka.

Timbalan Pengurus Felda Wilayah Mempaga, Amir Hamdan Yusof berkata, peluang ini diberikan kerana tidak mahu generasi kedua ini ketinggalan untuk mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, keutamaan akan diberikan kepada mereka tinggal di tanah rancangan Zon Bera/Mendi ini atau yang bekerja di daerah ini dengan pendapatan yang bersesuaian untuk memiliki rumah tersebut.

“Kalau mereka (generasi kedua) sememang sudah tergolong dalam kelompok yang mampu atau senang, kita tidak akan layan.

“Golongan ini boleh membeli rumah di tempat lain walaupun harga yang ditawar lebih tinggi kerana pendapatan mereka tinggi berbanding yang bekerja sendiri atau buruh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perjumpaan Bersama Generasi Kedua, kelmarin.

Hadi sama, Pegawai Khas kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Ramli Ismail dan Ketua Zon Bera/Mendi, Azemim Mamat.

Amir Hamdan berkata, terdapat salah faham yang berlaku di kedua-dua belah pihak menyebabkan tim?bulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan generasi kedua itu.

Beliau berkata, setiap masalah dan cadangan yang ditimbulkan generasi kedua sepanjang majlis itu akan diperbincangkan ke peringkat lebih tinggi supaya masalah perumahan yang dihadapi mereka dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, menurutnya, kelulusan permohonan itu bukanlah terletak di tangan satu pihak sahaja tetapi akan diteliti oleh beberapa pihak sebelum mereka benar-benar disahkan layak.

“Kita akan sedaya upaya membantu generasi kedua ini untuk mendapatkan rumah impian mereka tetapi perlu mengikut prosedur yang ditentukan,” katanya.

Beliau berkata, daripada 1059 borang yang diambil generasi kedua, hanya 739 borang sahaja yang dihantar semula.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Pahang

Related Posts with Thumbnails

, ,

12 thoughts on “Peluang Kedua Anak Peneroka Miliki Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>